Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Bersedia untuk Moves Like Jagger? Maroon 5 Singgah Malaysia Februari 2025

Asyraf Roslan
10/09/2024 06:55 MYT
Malaysia adakah anda sudah bersedia untuk Moves Like Jagger?

Kumpulan pop rock terkenal Amerika Syarikat, Maroon 5 akan mengadakan konsert di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada 12 Februari 2025.

Konsert yang diadakan di Kuala Lumpur ini merupakan sebahagian daripada Maroon 5 Asia 2025 Tour yang dijadualkan bermula pada 29 Januari 2025 di Manila.

Selain Kuala Lumpur, kumpulan yang popular dengan lagu Payphone itu juga akan membuat persembhan di Jakarta, Bangkok, Tokyo dan Kaohsiung.

Peminat yang berdaftar dalam kelab peminat rasmi, S.I.N. Club, anda boleh mendapatkan tiket lebih awal iaitu pada 30 September 2024, dari pukul 11 pagi hingga 11.59 malam.

Jualan pra jualan untuk pemegang kad Mastercard pula akan bermula pada 1 Oktober 2024, pukul 11 pagi.


Live Nation juga akan menawarkan pra jualan eksklusif kepada ahli mereka bermula 3 Oktober 2024, pada pukul 1 petang manakala jualan tiket umum, akan mula dijual pada 4 Oktober 2024, dari pukul 11 pagi menerusi laman web GoLive Asia.


Kumpulan ini terdiri daripada enam ahli iaitu Adam Levine (vokalis utama), Jesse Carmichael (gitaris dan pemain papan kekunci), James Valentine (gitaris utama), Matt Flynn (pemain dram), PJ Morton (pemain papan kekunci), dan Sam Farrar (pemain bass).

#Konsert #Maroon 5 #Maroon 5 Asia 2025 Tour #Stadium Hoki Nasional