Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Bersemut! Bang Mel Tabur Ros Atas Meja Raikan Ulang Tahun ke 29 Ernie Zakri

Maliah Surip
24/06/2021 06:20 MYT
Penyanyi Ernie Zakri menyambut ulang tahun ke 29nya, semalam. Buat pertama kalinya, dia menyambut ulang tahun sebagai isteri selepas bernikah dengan penyanyi Syamel pada 26 Mac lalu.

Melalui kemas kini dalam laman Instagramnya, Ernie berkongsi momen sambutan ulang tahun ke 29nya yang diraikan Syamel. Biarkan ringkas, namun tindakan Syamel yang menabur kelopak bunga ros di atas meja bersama sebiji kek dan hadiah teddy bear disifatkan sebagai romantik dan 'bersemut'!

Malah tindakan yang dilakukan penyanyi tersebut dapat menghilangkan gundah dalam hati Ernie kerana tidak dapat merayakan tanggal terakhir dalam usia 20annya bersama keluarga tercinta.

"Syukur alhamdulillah, diberi kesempatan sambut ulangtahun pertama kali with my husband.
Walaupun sedih tak dapat sambut dengan family, tapi BangMel comel buat kita tak rasa sedih," tulis Ernie pada kapsyen gambar yang dikongsikan di Instagramnya.

Dalam masa yang sama, Ernie memanjatkan doa agar dirinya terus diberkati, sihat dan diberi peluang terus berbakti kepada orang tua.

Ya Allah, semoga di usia 29 ini, kau limpahkan segala kebaikan dan keberkatan Mu di dunia & akhirat. Berikan kami kesihatan dan tubuh badan yang baik, untuk kami berbakti kepada orang tua kami dan kerjaya kami. Terima kasih kerana meminjamkan insan yang paling istimewa untuk ku Ya Allah. My precious gift ever, alhamdulillah," tulisnya lagi.

Sementara itu, Syamel melalui Instagramnya juga tidak terlepas memberi ucapan buat wanita yang digelar permata hati. Dia juga berjanji akan menjaga Ernie hingga ke syurga.

"Semoga diberkati oleh Allah sentiasa, Dipanjangkan umur dan Diberikan kesihatan yang baik serta dipermudah segala urusan dunia akhirat.

"Sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu. Permata hati yang akan kujaga hingga ke syurga. Insya Allah," tulisnya.

Ernie juga sempat menuliskan bahawa 30 hanya angka berdoa agar diberi peluang menyambut tanggal tersebut tahun depan.

"Apa? Tahun depan 30? Ala nombor je tu. Inshallah moga diberi kesempatan mencecah 30 an, aamin," tulisnya bersama tagar #Baru29 #BangMelTaburRosesAtasMeja #DapatTeddyBearBaru.

Pasangan penyanyi ini baru muncul dengan lagu duet terbaharu mereka, Goodbye Hello.

Instagram: @erniezakri
#Syamel #Nikah #Ernie Zakri #Ulangtahun #Goodbye Hello #Bunga Ros
;