Bersentuhan Bersama Henry Moodie, Daiyan Trisha Kena “Hencap” Dengan Netizen - “Makin Melampau Kau Ye…”
Penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha menyorot perhatian netizen selepas memuat naik video bersama penyanyi, Henry Moodie.
Menerusi perkongsian di TikTok, Daiyan dan Henry dilihat sedang membuat trend yang sedang popular di media sosial iaitu Illegal.
Bagaimanapun, netizen meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan pelantun lagu Pergilah itu yang dilihat tidak menjaga batas.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memberi kritikan kepada Daiyan yang beranggapan aktres cantik itu seperti tidak menjaga sensitiviti rakyat Malaysia.
“Makin melampau kau ye Daiyan.
“Nati dia pergi Umrah lagi.
“Mekah Madinah mungkin tempat untuk bercuti sahaja bagi dia.
“Ya Allah, Daiyan mana batas.
“Hujung tahun p Umrah cuci dosa, Macam tu lah ulang-ulang.
“Yes, it feels illegal to touch each other.
“Malas nak komen, nanti kena suruh pergi Umrah pulak,” komen netizen.