Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang membolehkan pergerakan antara daerah membolehkan ramai keluarga yang tinggal tidak begitu jauh tapi berlainan daerah dapat bertemu kembali.

Bermula Isnin lalu, PKPB diputuskan oleh kerajaan yang bukan sahaja membolehkan pergerakan antara daerah tetapi juga beberapa perniagaan mula beroperasi, tidak ada lagi tempoh tidak boleh keluar selepas 10 malam dan boleh bergerak empat orang sekeluarga.



Kesempatan itu diambil oleh Nabila Huda, suami dan anaknya untuk berkunjung, berbuka dan berterawih bersama ayah dan ibu tirinya.

Akhirnya selepas 49 hari...Alhamdullilah!?

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on


"Berseri-seri muka orang sebelah tu akhirnya dapat jugak jumpa Anak dan menantu kesayangan," tulis Nabila pada satu entri bergambar di Instagram miliknya.

Ramai yang tumpang gembira melihat keluarga tersebut dan tidak kurang juga yang memuji keayuan Nabila tanpa sebarang solekan.



Walaupun PKPB memberikan banyak kelonggaran, tetapi kerajaan tetap meminta rakyat agar mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP), penjarakan sosial, memakai penutup muka dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan tidak berlaku penularan wabak Covid- 19.

Berseri-seri muka orang sebelah tu akhirnya dapat jugak jumpa Anak and menantu kesayangan..?

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on


Nabila Huda berkahwin dengan Mohd Izwan Johar pada 2015, dan mempunyai seorang cahaya mata, Keisha Laila melalui perkahwinannya yang terdahulu.