Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Bersikap Selektif, Ella Buat Kajian Sebelum…

Azwa Rahman
18/03/2020 08:36 MYT
Ratu rock negara Ella mengakui agak memilih untuk terlibat dalam mana-mana jenama sebagai duta.

Menurut Ella, menjadi duta bagi jenama pakaian muslimah Sabella adalah kerana ia banyak mendatangkan kebaikan.

“Sebenarnya saya agak memilih jenama. Sebelum apa-apa persetujuan dibuat, saya buat beberapa kajian dan study pasal jenama ni dan nampaknya ada banyak perkara positif.

“Saya seorang penyokong kuat produk tempatan. Pakaian ni pula sesuai digayakan oleh semua peringkat umur, harga mampu milik dan itulah yang membuatkan saya bersetuju.

Ella ditemui ketika majlis sidang media mengumumkan dia sebagai duta jenama pakaian muslimah Sabella di The Love, Matic, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Tambah Ella, dia melihat ramai artis yang berusia terpilih menjadi duta dan ia sesuatu yang positif.

“Ramai juga rakan-rakan selebriti yang lain dapat mewakili jenama-jenama hebat sebagai duta, itu menunjukkan mereka sangat laris, which is good,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Ella dan suami Azhar Ghazali kini bergelar ibu bapa apabila mengambil seorang anak angkat perempuan, Shanome Az Zahra, 3 tahun.
#Ella #Ratu Rock #Fesyen muslimah
;