Terkini

Bersin Sampai Terkeluar Usus

Gempak
11/06/2024
21:55 MYT
Seorang lelaki Amerika Syarikat (AS) berdepan situasi ngeri apabila ususnya terkeluar selepas dia bersin terlalu kuat.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika lelaki berusia 63 tahun itu sedang bersarapan dengan isterinya di sebuah restoran di Florida.

Abdomen basah

Memetik laporan Harian Metro, sebelum ini, lelaki tersebut dipercayai pernah menjalani pembedahan di bahagian abdomen berasa 'basah' di bahagian perut selepas bersin, disusuli sakit yang menyucuk.
Apabila mengangkat bajunya, lelaki itu terkejut melihat beberapa inci ususnya terkeluar pada luka pembedahan.
Dalam pembedahan lalu yang sebahagian daripada rawatan kanser prostat dihadapinya, doktor memaklumkan luka berkenaan sembuh dengan baik.
Susulan kejadian, ambulans dipanggil dengan paramedik yang membuat pemeriksaan awal mendapati terdapat bukaan tiga inci dengan sejumlah besar usus terkeluar, tetapi mangsa tidak kehilangan banyak darah mahupun mengalami kerosakan organ.
Pakar berjaya memasukkan semula usus berkenaan ke bahagian sepatutnya dan lelaki itu dibenar pulang ke rumah dan pulih tanpa komplikasi selepas enam hari dirawat di hospital.

BERITA TRENDING: Ini 5 Karya Kisah Adik-Beradik Paling Ikonik Yang Wajib Anda Tonton!

BERITA TRENDING: Ini Reaksi Mimi Lana, Maya Karin & Datuk Aaron Aziz Bila Baca Komen Warganet Mengenai The Experts!

BERITA TRENDING: Digandingkan Sebagai Abang & Adik Dalam Filem ‘The Experts’, Aaron Aziz Dedah Sisi Lain Syafiq Kyle - “Dia Seorang Yang…”

BERITA TRENDING: Bergaduh Gara-Gara Tak Puas Hati Dengan The Experts, Zhafvlog 'Bersemuka' Dengan Abang Riak! - “Kenapa Kau Bagi Filem Ni Level…

BERITA TRENDING: The Experts: Dikelilingi Enam Kamera, Kena Menari Tango Depan Lebih 100 Orang, Remy Ishak Kongsi Kisah Sebenar Berlaku Behind The Scene

Untuk memastikan luka tidak terbuka semula, pakar bedah melakukan jahitan angka lapan, satu daripada jahitan penutup yang kuat dan terkini, serta jahitan dalaman dan luaran, jahitan yang menembusi beberapa lapisan dinding perut.
Kes itu turut disenaraikan dalam Laporan Kes Jurnal Perubatan Amerika dengan dikenali Dehiscence.
Ia satu keadaan apabila luka pembedahan terbuka semula yang dianggap berlaku kepada tiga daripada 100 orang yang menjalani pembedahan abdomen dan pelvis, terutama kepada pesakit lebih berusia.
Bagi empat daripada 10 pesakit, ia boleh membawa maut kerana kehilangan darah berlebihan dan kecederaan pada organ yang terdedah.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Lelaki Berpakaian Wanita ‘Kantoi‘ Curi Baju Dalam

gempak
25/07/2024
04:01 MYT
Perbuatan seorang lelaki yang mencuri pakaian dalam di sebuah kawasan kejiranan berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV).
Berita

Lelaki Tunjuk Kemaluan Dalam Pejabat Dicekup

gempak
24/07/2024
14:30 MYT
Tindakan seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluannya ke arah rakan sekerjanya dalam kejadian dekat Putra Plaza, 12 Julai lalu mengundang padah apabila diberkas pada Isnin.
Berita

Kenal Hampir 10 Tahun, Lelaki Malaysia Diculik & Dijual Rakan Sendiri Ke Sindiket Di Myammar

gempak
21/07/2024
09:25 MYT
Seorang lelaki Malaysia berjaya diselamatkan selepas ditipu, diculik, dan ditahan untuk wang tebusan selama dua bulan di Myanmar.
Viral

Pemuda 22 Tahun Bergaya Outfit RM900,000, Netizen Auto Jealous! - “Baiklah Duit Guna Beli Property”

gempak
21/07/2024
08:55 MYT
Satu video tular baru-baru ini menarik perhatian ramai pihak apabila ia mempamerkan seorang jejaka berusia 22 tahun memakai pakaian bernilai hampir RM900,000.
Viral

Tiga Jurusolek Lelaki Berperwatakan Wanita Didakwa Rompak Rakan

gempak
17/07/2024
02:25 MYT
Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan ke atas kenalan mereka minggu lepas.