Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Bersolek Ala Glamor Seperti Kilafairy Atau Natural Look Macam Nadia Brian Untuk Lebaran Kali Ini?

Azwa Rahman
20/05/2022 05:45 MYT
Rumah terbuka adalah salah satu aktiviti yang dinantikan menjelang setiap kali lebaran. Tidak kira sama ada anda yang menganjurkan rumah terbuka atau pun menghadiri majlis tersebut, penampilan diri haruslah nampak memukau!

Seperti selebriti terkenal Kilafairy, menganjurkan rumah terbuka bagi sambutan Aidilfitri kali ini adalah sesuatu yang dinantikan. Dapat bertemu dengan ahli keluarga, sahabat handai, Kila akan menata wajahnya dengan solekan ala glamor.

Mula mengenakan hijab sekitar tahun 2020, tuan rumah mestilah tak boleh kalah dengan tetamu yang hadir. Banyak menggunakan warna coklat sebagai pembayang mata, wajah Kila terus tampak galak dan berseri dengan solekan sebegini.

Wajah glam look seperti Kila boleh diperolehi dalam masa kurang 10 minit sahaja. Apa yang menarik lagi, selain wajah, Kila turut menjaga kebersihan gigi seawal tiga hari sebelum penganjuran rumah terbukanya.

Seperti kata Kila, gigi adalah aset kecantikan seorang wanita. Nak gigi cantik, putih berseri, dia menggunakan Colgate Optic White O2.

Mempunyai formula oksigen aktif yang bertindak khas untuk memutihkan gigi, anda akan nampak hasilnya dalam masa tiga hari sahaja. Barulah tetamu semua terpegun melihat penampilan tuan rumah terbuka, cukup menawan. Sambil meraikan tetamu, kita #SmileOutLoud!

Inginkan tutorial solekan glam look daripada Kilafairy, tonton video Cantik Tak ni.

Berbeza pula dengan pelakon jelita Nadia Brian, dia menerima undangan untuk beraya di rumah sahabatnya. Memilih solekan yang tipis tetapi on point, Nadia nampaknya dah bersedia untuk mula bersolek.

Eh tapi sebelum bersolek, kebersihan gigi harus diambil kira. Nadia juga menggunakan Colgate Optic White O2 yang bukan sahaja membersihkan gigi, tetapi juga memutihkannya. Nadia nampaknya gemarkan teknologi oksigen aktif yang menghasilkan buih yang manja pada gigi.

Puas memberus gigi menggunakan Colgate Optic White O2, gigi menjadi semakin putih berseri dalam masa tiga hari penggunaanya. Bila gigi dan wajah dah sempurna dibersihkan, barulah boleh mula bersolek.

Menggayakan solekan natural look untuk menziarahi teman-teman pun akan nampak jelita kerana kesan gigi yang putih bersinar. Menggunakan warna-warna tanah sebagai pembayang mata ditambah dengan glitter pada kelopak mata, wajah Nadia tambah berseri.

Nadia juga menggunakan warna merah jambu manis sebagai pemerah pipi supaya tidak kelihatan keterlaluan. Dah jadi solekan yang diinginkan, jangan lupa sembur dengan setting spray untuk solekan anda kekal hingga ke malam.

Nak tiru solekan natural look seperti Nadia Brian, saksikan tutorial Cantik Tak di sini.

#Nadia Brian #Kilafairy #Cantik Tak? #Colgate Optic White 02
;