Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Bersuara Isu Blockout 2024, Naim Daniel Kecewa Terima Komen Negatif

Umirah Halim
15/05/2024 03:55 MYT
Penyanyi, Naim Daniel menerima pelbagai komen berbaur negatif daripada warganet susulan pernah menasihati pengguna agar tidak keterlaluan dalam memboikot artis yang terkait dengan jenama pro-Israel.

Naim terima komen negatif

Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Naim menyelar tindakan warganet yang telah mengeluarkan kata-kata hinaan kepadanya tanpa usul periksa.

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

“Jika ini adalah sebahagian daripada cara untuk #blockout2024 maka terangkan kepada saya, apakah diHALALkan untuk mengugut, menghina, memfitnah, mencaci maki tanpa usul periksa ATAS NAMA BOIKOT?

“Alhamdulillah, saya dibesarkan dalam keluarga yang penyayang, menerapkan nilai-nilai Islam dan empati sesama manusia, hubungan sesama alam juga,” tulisnya.

Naim kecewa

Sementara itu, Naim juga kecewa kerana nasihat yang telah diberikan kepada orang ramai telah disalahertikan sehingga dia menerima kecaman yang hebat.

Selain itu, dia turut sempat memaklumkan bahawa dia tidak pernah menerima sebarang tajaan daripada mana-mana produk jenama pro-Israel.

“Saya tidak pernah menidakkan kesengsaraan mahupun kezaliman saudada mara sedarah seagama di sana.

“Malah saya juga tidak pernah menerima sebarang bentuk tajaan barangan mewah dari jenama yang menyokong rejim laknatullah.


“Hanya kerana saya berpesan supaya jangan melampau dalam memboikot, sehingga perlu menghina perkara yang tidak ada kena mengena dengan perkara yang diboikotkan, saya berpesan supaya tidak bersifat "Ghuluw" atau melampau sehingga mampu mewujudkan cabang dosa dalam masa kita cuba melakukan sesuatu atas nama kebalkan;

“Saya dikatakan "terpaling" Malah siap ada mereka mereka yang menyalah erti dan menggunakan naratif yang berbeza bagi menentang saya,” tambahnya lagi.

Terdahulu, susulan majlis Met Gala 2024 yang berlangsung pada hari yang sama Palestin di serang oleh tentera Israel, ramai pengguna media sosial melancarkan gerakan Blockout 2024 dengan memboikot selebriti Hollywood yang tidak menyokong Palestin.

Difahamkan gerakan itu juga turut dilakukan oleh warganet di Malaysia. Mereka meluahkan rasa kecewa berikutan ramai artis tempatan yang menjadi wajah untuk beberapa jenama terkenal antarabangsa yang diboikot.

Warganet juga dilihat kesal berikutan selebriti-selebriti tersebut didakwa masih lagi giat mempromosikan barangan berkaitan dengan Israel.

Berita Trending: Dikecam Gara-Gara Promosi Produk Dikaitkan Dengan Israel, Ini…

Berita Trending: Kenapa Netizen Senaraikan Puluhan Nama Artis,…

#Kecam #Naim #Komen #Negatif #Daniel #Blockout