Gempak logo
Breaking news banner
Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BERITA

“Bersyukur Dapat Rasai Pengalaman Istimewa Ini”- Siwon Dilantik Sebagai Duta UNICEF Asia Timur Pasifik

article-author-avatar
Mya Amri 13/11/2019 | 15:13 MYT
“Bersyukur Dapat Rasai Pengalaman Istimewa Ini”- Siwon Dilantik Sebagai Duta UNICEF Asia Timur Pasifik
Pelakon dan anggota kumpulan Super Junior, Siwon dilantik sebagai duta Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Asia Timur Pasifik di Vientiane, Laos baru-baru ini.
Menerusi posting terbaru diakaun Instagramnya, Siwon melahirlan raa syukur kerana berpeluang untuk menimba dan merasai pengalaman istimewa tersebut.
“Saya sangat gembira dilantik menjadi Duta Besar Asia-Pasifik Timur. Sementara itu, saya bersyukur kerana pengalaman istimewa melawat banyak negara dan bertemu dengan anak-anak dan keluarga mereka. Kami akan melakukan yang terbaik untuk membantu kanak-kanak di rantau Asia Timur Pasifik sedikit. Terima kasih. @unicef,” tulisnya.
Terdahulu, Siwon telah menggantikan posisi aktor terkenal Aaron Kwol yang sebelum ini menjadi duta UNICEF berkenaan.
Sebelum ini, Siwon juga merupakan antara selebriti yang sangat kenali sebagai seorang yang aktif melakukan kegiatan sosial seperti ini.
Siwon juga pernah menjadi duta istimewa untuk UNICEF Korea Selatan pada tahun 2015.
#Artis Korea #Choi Siwon #UNICEF