Hiburan
Bertemakan Enchanted Garden, Aaisyah Dhia Rana Dirai Bagaikan Puteri
Majlis hari lahir anak bongsu kepada pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana telah berlangsung dengan meriah semalam.
Aaisyah yang kini berusia setahun kelihatan begitu comel menyarungkan busana berwana putih dan memakai ‘crown’ dikepalanya diraikan ibarat seorang puteri.
Majlis yang berlangsung di White Palace, Kuala Lumpur itu dihadiri oleh keluarga, teman rapat dan rakan media.
Antara tetamu yang hadir ialah Sasha Saidin, Ayu Raudhah, Zaquan Adha dan pengarah, Michael Ang.
Dalam pada itu, Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta turut berkongsi momen terindah tersebut di akaun Instagramnya khas buat tatapan peminat.
Gelagat Aasiyah di majlis ulangtahun itu juga turut mendapat perhatian pengikut Instagramnya dan rata-ratanya memuji kecomelan adik kepada Ammar Effendy dan Aniq Ezzra itu.
Di sini Astro Gempak ingin berkongsi foto-foto menarik sekitar parti hari jadi Aaisyah yang diambil menerusi Instagram Che Ta.
Teks Oleh: Mya Amri