BIG STAGE

Bertemakan Lagu Viral, Konsert Big Stage Minggu Pertama Berjaya Memukau Penonton

Amri Hassan 06/08/2018 | 04:52 MYT
Konsert minggu pertama pertandingan Big Stage yang ditajakan khas oleh Vivo telah berlangsung dengan meriah di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam malam tadi.
Bertemakan lagu viral, 10 bintang Big Stage telah menyampaikan lagu-lagu yang telah membuatkan mereka viral di media sosial dan semestinya menghangatkan suasana malam konsert pertama tersebut.
Juara pertandingan yang berlangsung selama lapan minggu ini akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro, manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50 ribu dan RM25 ribu beserta trofi, pemenang tempat keempat dan kelima juga tidak akn pulang dengan tangan kosong yang mana masing-masing bakal membawa pulang RM10 ribu dan rm5 ribu beserta trofi.
Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir memainkan peranan sebagai juri tetap manakala Noh Salleh diundang sebagai juri jemputan untuk konsert pembuka tirai tersebut.
Tiada penyingkiran dilakukan dalam konsert pertama ini dan pada masa yang sama, lagu-lagu untuk dinyanyikan oleh para peserta pada konsert minggu hadapan telah diumumkan pada malam tadi.
Di bawah merupakan senarai persembahan yang dilakukan oleh semua peserta berserta komen yang diberikan oleh pihak juri.
Tajul - Sedalam-Dalam Rindu
"Satu persembahan yang baik tapi seeloknya kamu harus keluar dari zon selesa, kami mengharapkan persembahan yang lebih baik pada minggu hadapan" - Datuk Seri Siti Nurhaliza
Fara Hezel - Setiaku Pasti
"Kami mengharapkan persembahan yang lebih memukau pada minggu hadapan, mungkin kemahiran persembahan masih belum keluar sepenuhnya" - Faizal Tahir
Sarah Suhairi - Pedih
"Selepas persembahan ini, saya dapat rasakan yang kamu akan mendapat lebih peminat dari sebelum ini" - Datuk Seri Siti Nurhaliza
Andi Bernadee - Tak Tun Tuang & Sahur
"Sebuah persembahan yang tersendiri dimana kreativiti telah digunakan dengan baik sekali" - Datuk Seri Siti Nurhaliza
Afieq Syazwan - Seandainya
"Semua orang dapat melihat potensi kamu berada disini, walaupun tontotan video kamu di YouTube adalah yang paling rendah, jangan jadikan ia sebagai penghalang semangat malah jadikannya satu motivasi untuk lebih berjaya" - Faizal Tahir
Baby Shima - Syantik
"Cara penyampaian sudah baik, cuma lebih elok kamu menyanyikan lagu di luar zon selesa pada konsert seterusnya" - Noh Salleh
Syafiq Farhain - Sayang Maafkan Aku
"Syafiq mempunyai suara yang mahal dan kualiti nyanyian, selebihnya terserah keatas Syafiq untuk menentukan hala tuju dalam industri muzik ini" - Datuk Seri Siti Nurhaliza
Wani Kayrie - Jangan Jangan
"Wani adalah peserta yang paling selesa dan tidak kekok di pentas malam ini, inilah kelebihan Wani" - Faizal Tahir
Sissy Iman - Mungkin Kamu
"Kamu mempunyai banyak kelebihan memandangkan kamu adalah seorang guru muzik, persembahan pada malam ini dilakukan dengan baik sekali" - Datuk Seri Siti Nurhaliza
Ariff Bahran - Kata Akhirmu
"Nyanyian pada malam ini sekadar 'ok' dan kamu harus lakukan dengan lebih baik di konsert seterusnya" - Noh Salleh
Big Stage musim pertama bersiaran secara langsung pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Selaku penaja utama, Vivo mengetengahkan model terbaru, Vivo Nex yang menerajui inovasi dalam teknologi penciptaan telefon pintar.
Vivo Nex menampilkan kamera depan tersembunyi yang tidak kelihatan dari luar namun boleh muncul dalam satu saat ketika gambar 'selfie' diperlukan.
Teknologi ini membuatkan reka bentuk telefon pintar ini kelihatan lebih moden, kemas, unik dan ternyata lebih unggul berbanding model-model lain yang terdapat di pasaran.
Teks : Asraf Aided
#Big Stage