Bertemakan Mermaid Party, Aaisyah Dhia Rana Sambut Birthday Ke-4... Comelnya!

Asraf Aided
November 1, 2018 13:01 MYT
Anak kepada pasangan selebriti popular Rozita Che Wan dan Zain Saidin iatu Aaisyah Dhia Rana menyambut hari lahirnya yang keempat tahun pada hari ini.
Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, berkongsi beberapa foto menarik yang diambil sekitar sambutan majlis hari lahir anaknya itu menerusi ruangan Instagram.
"Happy birthday sayang mummy, syukur alhamdulillah Allah kurniakan saya anak bertuah ini.
"Sejak lahir, dia tak pernah buat hal atau meragam.
"Sempena hari jadinya yang keempat ini, saya berdoa agar dapat besarkan Aaisyah dengan sempurna agar dia membesar dengan baik, cerdik dan sihat serta sentiasa dirahmati Allah," tulis Che Ta sebagai kapsyen.
Aaisyah telah mengenakan kostum bertemakan duyung (mermaid) bersama rakan-rakannya ketika sambutan hari istimewanya itu.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen telah memberi ucapan terhadap Aaisyah serta mendoakan kesejahteraan buatnya.
Berikut adalah foto-foto menarik yang disediakan.
#Aaisyah Dhia Rana #Che Ta