Bertemakan Unicorn Party, Eyka Farhana Sambut Hari Lahir Ke-24

Zulaikha Yusof
Februari 7, 2019 03:43 MYT
Pelakon Eyka Farhana telah menyambut hari lahirnya yang ke-24 baru-baru ini.
Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana berkongsi beberapa foto menarik yang diambil sekitar sambutan majlis hari lahirnya itu menerusi ruangan Instagram (IG).
"I just wanted to take a moment and say thank you to everyone for all the birthday wishes.
"It means a lot to me that you all took time from your busy lives to wish me a happy birthday.
"I feel very blessed to have each and everyone of you as my family and friends," tulis Eyka sebagai kapsyen.
Sambutan hari istimewa yang bertemakan 'unicorn' itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli keluarga dan kenalan rapat.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen telah memberi ucapan terhadap Eyka serta mendoakan kesejahteraan buatnya.
Berikut adalah foto-foto menarik yang disediakan.
#Hari Lahir #Eyka Farhana