Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Bertempik Di X, Nabila Huda Enggan Komen Lanjut! - "Saya Tak Mahu ..."

Firdaus
08/01/2024 02:12 MYT
Pelakon Nabila Huda enggan mendedahkan identiti individu yang dimaksudkan dalam beberapa hantaran di platform X baru-baru ini.

Mesra disapa Abil, dia bagaimanapun memilih untuk mengunci mulut daripada terus memberikan komen terhadap tulisannya.

“Saya tak mahu berikan komen tentang itu, saya benar-benar minta maaf,” katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: “Kau Adalah Manusia Yang Bijak Mempergunakan Orang Tapi Bodoh Jugak” - Nabila Huda Tempelak Siapa?

Abil yang ditemui selepas konsert minggu keempat The Masked Singer Malaysia juga tidak memberikan bayangan sama ada individu terbabit merupakan rakan industri atau tidak.

Terdahulu, Nabila Huda menerusi beberapa rantaian hantaran di Platform X telah memaki serta mengugut untuk mendedahkan perangai sebenar individu yang disifatkan sebagai suka memporak-perandakan keadaan.

Entri yang dibuat oleh pelakon filem Munafik itu juga telah menimbulkan tanda tanya ramai pihak berkaitan isu yang diperkatakan.
#Viral #Nabila Huda #Maki #Platform X