Bertemu Jodoh Dalam Satu Bidang, Ini 10 Pasangan Selebriti Popular

Syafiqah Jalal
Jun 5, 2020 11:05 MYT
Siapa sangka dalam sibuk mencari rezeki, kita boleh dipertemukan jodoh dengan pasangan yang berada dalam bidang yang sama.
Begitulah yang berlaku kepada pasangan selebiriti popular di Malaysia ini, sama-sama berada dalam satu aliran seni telah membuatkan mereka bertemu dengan pasangan hidup mereka.
Tanpa membuang masa, Gempak senaraikan 10 pasangan selebriti popular di Malaysia.
  1. Lisa Surihani & Yusry Abdul Halim
Selepas melalui episod gagal dalam perkahwinan sebelum ini, Yusry bertemu jodoh dengan Lisa pada tahun 2012. Selepas sahaja Lisa hamil, pasangan ini mula muncul dalam satu program realiti bersama berjudul eBuBabypedia. Terbaharu, pasangan ini bakal muncul dalam telemovie 6 Hari yang akan ditontonkan di Astro Citra pada 13 Jun ini. Pasangan ini dikurniakan sepasangan cahaya mata Yahaira Leanna dan Yusof Leonne.
  1. Rozita Che Wan & Zain Saidin
Perbezaan umur bukanlah satu penghalang bagi pasangan sejoli ini untuk menjalin hubungan cinta hingga ke jinjang pelamin. Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta berkahwin dengan Zain pada 2013 dan dikurniakan cahaya mata perempuan yang comel Aaisyah Dhia Rana yang berperwatakan diva seperti ibunya.
  1. Fazura & Fattah Amin
Fattah dan Fazura mula berkenalan di set penggambaran drama "Hero Seorang Cinderella" dimana kemudiannya mereka mula menjalin hubungan yang lebih serius. Gandingan serasi itu melayakkan mereka memenangi anugerah Pasangan Serasi Drama di Anugerah Bintang Popular Berita Harian tahun lepas. Sebelum ini, mereka juga mempunyai perniagaan sendiri.Gabungan kedua-dua mereka sangat hebat.
  1. Wawa Zainal & Aeril Zafrel
Meskipun pada mulanya terdapat kontroversi dengan status perkahwinan mereka tetapi kini ia bagai sudah lenyap dan pasangan ini mula disuaki ramai. Keletah suami isteri ini sentiasa menjadi perhatian di media sosial kerana masing-masing begitu sporting. Wawa pula mula mengurangkan aktiviti lakonan dan lebih memberi tumpuan kepada bidang perniagaan. Mereka berdua memang power couple! Pasangan ini dikurniakan 3 orang anak Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa dan Aya Soffya
  1. Hanis Zalikha & Hairul Azreen
Siapa tidak kenal pasangan yang berpengaruh di Malaysia ini. Pasangan Hanis dan Hairul sentiasa menjadi idola dan mempunyai ramai peminat tersendiri. Mereka pernah menjadi bualan ramai apabila Hairul melamar Hanis menerusi siaran langsung program televisyen "Gegar Vaganza" suatu ketika dulu. Jawapan Hanis ketika itu hanyalah sekadar "InsyaAllah, thank you". Namun selepas itu dia mengakui bahawa dia benar mencintai Hairul. Mereka kini dikurniakan sepasangan cahaya mata Yusuf dan Alisa Aisyah.
  1. Amyra Rosli & Amar Baharin
Amyra dan Amar pernah menolak khabar angin tentang mereka akan berkahwin suatu masa dulu apabila dilihat mesra setelah digandingkan dalam beberapa drama. Akhirnya sangkaan peminat terhadap hubungan mereka menjadi kenyataan apabila mereka mengumumkan akan berkahwin pada 2016. Mereka yang telah dianugerahkan sepasang cahaya mata yang comel bernama Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.
  1. Scha Al-Yahya & Awal Ashaari
Pasangan ini sering sahaja menjadi trendsetter dalam berpakaian. Pasangan Scha dan Awal juga menjadi ikon buat para peminat kerana masih memegang gelaran pasangan paling berpengaruh. Tambahan lagi, pasangan yang mendirikan rumah tangga sejak 2012 ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang comel bernama Lara Alana.
  1. Shaheizy Sam & Syatila Melvin
Pasangan ini baru sahaja muncul dalam drama pendek Raya berjudul Gerakan Serunding. Pasangan ini juga sentiasa menjadi ikon kerana gelagat mereka menjaga anak dan menguruskan keluarga. Bukan mereka sahaja, anak sulungnya Sheriv Samheizy juga sering mendapat perhatian media sosial. Pasangan ini turut dikurniakan seorang anak perempuan iaiatu Sarima Samheizy.
  1. Siti Sarah & Shuib Sepahtu
#Fazura #Selebriti #Fazura #Jodoh