Pelakon Siti Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman telah menyambut ulang tahun perkahwinan ke-4 pada tahun ini.

Menerusi entri di Instagram (IG), Elizad telah memuat naik foto bersama suaminya beserta ucapan ulang tahun perkahwinan.

"Bercinta tak lama, bertunang 5 bulan terus kahwin, tahun yg sama buat umrah.

"Dulu dtg berdua, skrg masih berdua. Inshallah ada rezeki kita dtg bertiga pulak ya.

"Bertiga tu dgn anak tau, jangan kau ingat bini baru pulakkk!

"Selamat Ulang Tahun yg ke4 sayang. Jangan pernah putus asa menyayangi & doa buat isteri mu yg "crackkk" dan degil ini.

"Sayang Pak Arab botakku! 11 Januari.

"Kami juga mendoakan bagi semua pasangan, moga sampai ke sini juga. Ameen. Salam Jumaat yg barakah buat semua," tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat turut menyampaikan ucapan ulang tahun perkahwinan serta mendoakan pasangan itu dikurniakan cahaya mata.


Difahamkan, Elizad dan keluarga sedang berada di tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah sejak 7 Januari lalu.

Elizad dan Shamsul berkahwin pada 11 Januari 2015.