Sejak kebenaran untuk melakukan aktiviti hiburan diberi oleh pihak kerajaan, ramai artis dilihat berpusu-pusu mengumumkan penganjuran konsert masing-masing.
Tidak terkecuali, penyanyi tersohor Datuk Aishah. Bagaimanapun, ada keresahan yang bersarang dalam hati pelantun suara yang popular dengan lagu-lagu balada itu.
Konsert sulung Aishah iaitu Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous yang bakal berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) bertindan dengan konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live in Kuala Lumpur 2022, iaitu masing-masing bakal diadakan pada 6 Ogos depan.
Pemilik nama lengkap Wan Aishah Wan Ariffin itu berkata, beliau sudah mencadangkan kepada pihak penganjur untuk menukar tarikh persembahannya kerana dia enggan melihat peminat-peminat berbelah bahagi untuk menyaksikan konsert artis kegemaran mereka.
“Ketika pihak DFP umum tarikh konsert minggu ni, saya ada beritahu yang adakah mereka tak kasihan melihat peminat akan berbelah bagi untuk pergi konsert yang mana satu?
“Bagi saya sendiri, saya tidak kisah kalau konsert saya dilewatkan seminggu atau dua minggu. Sebab sayang kita mesti tidak akan dapat sokongan penuh daripada peminat. Kita yang buat konsert tu, boleh adjust.
“Lagipun, saya sendiri nak pergi tengok,” katanya kepada Gempak ketika majlis pelancaran single terbaharunya Ketentuan Takdir baru-baru ini.
Bagaimanapun, tambah Aishah, tidak timbul isu sama ada peminat akan datang atau tidak jika konsertnya berlangsung pada tarikh yang sama dengan Anuar dan Ziana Zain.
“Saya serah pada rezeki. Sebab kita tidak selalu buat konsert berskala besar seperti ini. Saya tunggu selama 35 tahun untuk konsert ini dan ketika dapat tarikh dulu, pandemik pula melanda dunia, kena tangguh dua tahun.
“Apa pun, saya tidak kisah kalau tarikh konsert ditukar pada tarikh lain. Tambahan pula tiket masih belum dijual dan berharap mendapat sokongan penuh daripada semua,” katanya lagi.
Aishah dijadualkan bakal tampil dalam konsert yang dipimpin Ahmad Muriz menerusi konsert solo, Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous pada 6 Ogos, jam 8.30 malam.
Izwan Isa
Thu May 26 2022

.jpg?ext=.jpg)
"Saya Datin Seri, Saya Tak Bermadu" - Noniswara
Ada individu digelar 'budak jongos' kerap mengganggu Noniswara.

Iqbal Kongsi Amalan Kekal Berjaya, Dedah Baca Surah Al-Fatihah Saat Menangis Minta Simpati Daripada Allah
Ini tips kejayaan Iqbal
.jpg?ext=.jpg)
"Saya Pernah Dapat Gambar K**ek Pagi-Pagi" - Tiz Zaqyah
Takutnya dengar cerita Tiz Zaqyah

Rakan Dah Minta Saman Dari Awal, Tapi Puteri Sarah: “Siapa Nak bayar? Perempuan Tu Tak Kerja, Bapak Dia Ada Sakit”
Ini kisah rakan Puteri Sarah

Pawagam Larang Gentleminions Masuk Wayang Tengok Minions
Prekuel filem Minions: The Rise of Gru sedang hangat ditayangkan di pawagam seluruh dunia.

"Mesti Teringat Zaman Suami Isteri"- Suruh Move On, Netizen Minta Abby Abadi Tak Selalu Jumpa Norman
"Cerai pun sebab dicurangi"- Netizen

Telefilem & Dokumenari Menarik Untuk Anda Saksikan Di Astro Oasis Sepanjang Hari Raya Aidiladha Tahun Ini
Rancangan menarik Hari Raya Aidiladha

Alan Walker Turun Sarawak Sempena Borneo Music Festival Live 2022!
Alan Walker popular dengan lagu Faded!

Penggambaran 35mm Pernah Dihentikan Sebanyak Dua Kali Sebab…
Cabaran membawa hasil yang baik

"Lepas Ada Anak, Saya Fikir Pendidikan Agama Islam Untuk Masa Depan" - PU Riz Perkenal Islah Junior
Ada apa dengan Islah Junior?