Laman Utama

Bertuah Badan! Isteri Dapat 'Elaun' RM1.39 Juta Setiap Kali Hamil

gempak
Gempak
25/12/2023
11:34 MYT
Sponsor Banner
Bertuah Badan! Isteri Dapat 'Elaun' RM1.39 Juta Setiap Kali Hamil
Seorang wanita mendedahkan bahawa suaminya berjanji untuk membayar ‘elaun’ sebanyak AS$300,000 (RM1.39 juta) sebelum dia bersetuju untuk hamil, lapor portal berita MailOnline baru-baru ini.

BERITA TRENDING: Ramai Wanita Sorok Hamil Luar Nikah, Akhirnya Anak Dibin, Binti Nama Suami Yang Sah – “Benda…

Soudi Al Nadak, 26, dari Sussex, Britain mendirikan rumah tangga bersama suaminya, yang merupakan seorang jutawan, Jamal Al Nadak.
Mereka kini tinggal di Dubai dan sudah berkahwin selama tiga tahun.
Dalam video yang dimuat naik di akaun TikTok @soudiofarabia baru-baru ini, Soudi bercakap mengenai kehamilannya.
“Sebelum saya hamil, ini semua adalah perkara yang tidak boleh dirunding,” katanya yang merujuk kepada syarat-syarat kehamilan.

BERITA TRENDING: Isteri Hamil Mengidam Pegang Pinggang Tentera, Suami Tunaikan Buat Netizen Geram - “Tak Semua…

Soudi menjangkakan akan dibayar elaun setiap kali hamil serta akses penuh kepada kad kredit suaminya jika dia memerlukannya.
Dia memberitahu pengikut-pengikutnya di media sosial: “Jelas sekali, saya akan mempunyai akses penuh kepada kad suami jika berlaku kecemasan.
“Saya juga menjelaskan kepada Jamal bahawa jumlah ini adalah untuk setiap bayi. Ini bermaksud untuk seorang, ia akan menjadi AS$300,000 dan untuk dua bayi, nilainya sebanyak AS$600,000 (RM2.79 juta).” – AGENSI melalui Kosmo Online!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live