Laman Utama
“Bertuah, Banyak Ajar Saya Sampai Bahasa Melayu Jadi Lancar” - Mark Adam Sedih Tinggalkan Konti Radio
Penyanyi dan penyampai radio, Mark Adam mengumumkan telah menamatkan perkhidmatannya di sebuah stesen radio.
Menerusi video pendek yang dikongsi sebentar tadi di akaun Instagram miliknya, Mark memberitahu hari ini merupakan hari terakhirnya bersama station radio berkenaan.
Walaupun berat hati untuk meninggalkan kerjaya dunia penyiaran radio, namun dia percaya setiap perancangan itu mempunyai hikmahnya.
Advertisement
“Di sini saya nak ucapkan selamat tinggal, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya lagi-lagi di dalam studio ini yang banyak mengajar saya sampai bahasa Melayu saya menjadi lancar.
“Selama saya di sini saya sangat bertuah dengan kerjaya yang diberikan tetapi hidup kena diteruskan tapi apa yang saya nak sampaikan adalah cinta dan sayang saya kepada pendengar-pendengar. Terima kasih semua. Selamat tinggal,” ujarnya.
Mark sebelum ini mengendalikan segmen Geng Pagi Hot (GPH) sejak hari pertamanya pada 15 Februari lalu bersama Fizie.
Mark menjadi gandingan Fizie selepas Shuib membuat keputusan untuk berehat dari dunia seni manakala Syuk Sahar pula digantung tugas sejak 25 Januari lalu susulan kontroversi rumah tangga.
Must-Watch Video