BERITA
“Bertuah Ibu Bapa Yang Dikurniakan Anak Istimewa...”- Chef Wan
Chef terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra dipanggil Chef Wan kagum dengan anak-anak istimewa yang cacat penglihatan dari sebuah sekolah.
Chef Wan berkata melihat kepada kecekalan mereka menempuh hidup dan terus bersekolah membuatkan hatinya tersentuh.
“Seumpama seorang Ayah menghantar anak-anak ke sekolah dan seperti arwah bapa lakukan saya cium dahi pelajar buta ini.
“Memori itu membuatkan saya rasa sangat sedih, sayang dan hormat kepada anak isitimewa ini.
“Saya doakan agar anak ini sentiasa dilindungi Allah,” katanya.
Chef Wan berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya mengucup dahi anak istimewa tersebut.
Menurut bapa kepada pelakon Serina Redzuawan ini golongan ini perlu dibantu dan diberikan perhatian sepatutnya.

“Bertuah ibu bapa yang juga mendapat anak istimewa ini dengan segala ujian hidup dan dugaan hidup.
“Kepada anak-anak sekolah yang lain mahu pun masyarakat sama-sama lah kita membantu mereka ini untuk gembirakan hati mereka.
“Serta buat banyak kebaikan dan bukan penganiayaaan terhadap mereka ini,” katanya lagi.
Entri tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya yang bersetuju dengan pendapat Chef Wan.
Must-Watch Video