Bertuah Petugas Media ‘Berkampung’ Di Hadapan Rumah, Perdana Menteri Belanja Pizza

Azwa Rahman
Mac 2, 2020 06:28 MYT
Perdana Menteri kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberikan pizza secara percuma sebagai tanda menghargai jasa petugas media yang membuat liputan di hadapan rumahnya.
Menerusi laman sosial Twitter, Bernama TV memuat naik sepotong video menunjukkan Muhyiddin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman keluar ke perkarangan rumah untuk mengagihkan makanan tersebut.
“Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyumbangkan makan malam kepada petugas media yang 'berkampung' di kediamannya sejak awal pagi tadi,” tulis pengendali akaun terbabit menerusi satu kicauan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyumbangkan makan malam kepada petugas media yang 'berkampung' di kediamannya sejak awal pagi tadi. pic.twitter.com/Dpky55GzMq

— BERNAMA TV ?? (@BernamaTV) March 1, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sambil mengagihkan pizza, kelihatan Muhyiddin turut bertanyakan khabar kepada petugas media yang berada di hadapan kediamannya di Bukit Damansara sejak awal pagi semalam.
Petugas media juga dilihat mengambil peluang untuk memberikan ucapan tahniah dan berswafoto bersama Perdana Menteri yang baru sahaja dilantik itu.
Terdahulu, pemimpin berusia 72 tahun itu mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara pada 10.33 pagi Ahad.
#Politik #Malaysia #Perdana Menteri