Anak kepada pelakon Betty Rahmad, Ardy Wira ditahnik oleh ulama Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid.

Menerusi Instagram (IG) miliknya, Betty melahirkan rasa syukur kerana Wira diberi peluang untuk melalui proses terbabit walaupun sudah berusia tujuh bulan.

"Alhamdulillah rezeki @ardywira_ dapat ditahnik dengan ulama Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid harini walaupun dah ada 8 gigi syukur masih ada rezeki kamu.

"Tapi kenapa kamu gigit tangan Habib sayang mommy? Semoga jadi anak soleh mummy dan daddy," tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Betty memuji kecomelan Wira di samping mendoakan semoga menjadi seorang anak yang baik.

Betty dan suaminya, Ardy Shafiq mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018 manakala Ardy Wira dilahirkan pada 19 Januari lalu.

Alhamdulillah rezeki @ardywira_ dapat ditahnik dengan ulama Habib Ali Zainal Abidin Al- Hamid harini walaupun dah ada 8 gigi syukur masih ada rezeki kamu. Tapi kenapa kamu gigit tangan Habib sayang mommy? Semoga jadi anak soleh mommy & daddy ❤️

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad) on