VIRAL

Bertuahnya! Pempengaruh Faiz Aizif Hadiahkan Sahabat Baik Kereta Sempena Birthday! - “Dulu Miskin, Kami Kongsi Duit Beli Nasi…”

Umirah Halim 28/02/2025 | 08:25 MYT
Sepotong video memaparkan pempengaruh Faiz Aizif menghadiahkan sebuah kereta kepada rakan baiknya, Azrul berjaya mendapat perhatian ramai.

Menerusi perkongsian di akaun TikToknya, menunjukkan Faiz berada di pusat jual beli kereta bersama Azrul.

Malah, Faiz atau nama lengkap Muhammad Faiz Basirun, 23, berkata, dia dan sahabatnya yang bernama Azrul itu pernah berkongsi duit untuk membeli makanan.

“Banyak kenangan bersama. Dulu, saya hidup sangat susah, sampaikan nak makan pun tak cukup duit dan dia pernah belikan makanan untuk saya.

“Saya pernah ada masalah keluarga dulu, dia tumpangkan rumahnya. Atuk dia jaga saya macam cucu kandung.

Masa susah, kami sampai tahap kongsi duit sebab nak beli nasi tapau dan makan bersama. Kami pernah juga berniaga tepi jalan sebab nak survive hidup zaman sekolah.

“Dia pun tidak senang mana, tetapi setiap tahun waktu birthday saya, dia selalu bagi hadiah,” katanya.

Kenang susah senang

Selepas menghadapi segala susah senang bersama, kini Faiz mahu membalas segala kebaikan yang pernah dilakukan oleh Azrul.

“Dulu saya miskin, duit pun tiada nak balas kebaikan dia. Walaupun saya susah, dia tidak pernah tinggalkan saya meskipun ada kawan lain yang tak mahu lagi berkawan.

“Sebab itu, sekarang ada rezeki dan duit lebih saya mahu balas. Dia sekarang bekerja dengan saya.

“Pernah dia cakap “aku kerja dengan hang tak ada gaji pun tak apa, aku nak bersahabat dengan kau sampai sampai bila-bila,” ujarnya lagi.

#Birthday #Faiz #Kereta #Sahabat Baik #azif