Pemilihan telefon pintar dan gadget pada masa kini sangat penting dalam kegunaan dan kemudahan manusia. Evolusi peralihan gajet dilihat cukup drastik dan nampaknya sudah mula mempengaruhi gaya hidup seharian kita sehingga wujud situasi di mana seolah-olah kita tidak boleh hidup tanpa gajet.

Bukan hanya orang biasa malah selebriti juga mementingkan pemilihan gadget yang bagus kerana perkara ini akan memudahkan seseorang itu untuk menjalani kehidupan seharian.

Ternyata pelawak terkenal tanahair, Zizan Razak memilih untuk menggunakan Honor 8X sebagai telefon pintar kegunaan hariannya dalam kesibukkan mengurus kerjayanya sebagai seorang selebriti.

Ciri-ciri menarik yang ada pada Honor 8X membuatkan Zizan berasa keputusannya untuk menggunakan telefon pintar ini adalah sebagai satu pilihan yang tepat dan patut digunakan juga oleh orang ramai.

Membawakan tagline “Beyond Limits”, Honor Malaysia telah melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu Honor 8X dengan menampilkan skrin LCD bersaiz gergasi pada nisbah 19.5:9 dengan 91% peratusan skrin.

Berikut kami senaraikan ciri-ciri menarik yang ada pada telefon pintar Honor 8X:

1) Reka Bentuk Premium Setaraf Kelas Flagship

Warna yang dipaparkan pada skrin juga sangat baik dan menyerlah kerana telefon pintar ini direka dengan paparan skrin IPS LCD sebesar 6.5 inci bersama resolusi Full HD+ pada nisbah 19:5:9 dan bingkai bawahnya pula hanya selebar 4.25mm sahaja.

Kerangkanya juga menggunakan teknologi COF dan antena yang telah dipatenkan serta dipadankan dengan tekstur Aurora Glass yang dapat memberikan kesan kilauan pada bahagian belakangnya.

2) Kepuasan Paparan Skrin Maksima, Paparan Skrin Yang Lebih Luas 91%

Dari segi spesifikasi, Honor 8X dilengkapi dengan LCD bersaiz gergasi pada nisbah 19.5:9 dengan 91% peratusan skrin untuk pengalaman menonton skrin lebih luas sekaligus menjadikan ia peranti berbadan 5.5-inci tetapi memiliki paparan 6.5-inci.

Selain itu juga, Honor 8X adalah telefon pintar pertama didunia dengan teknologi TÜV Rheinland ‘Eyes Comfort’ yang akan memberikan keselesaan pada mata pengguna walaupun menghadap skrin dalam jangka masa yang lama.

3) Dwi-kamera Utama, 20MP + 2MP Sokong AI

Honor 8X dilengkapi dengan dwi-kamera utama, 20MP f/1.8 + 2MP serta kamera swafoto dengan lensa tunggal 16MP dengan bukaan aperture f/2.0. Ia turut dikuasakan oleh teknologi kecerdasan buatan(AI) dapat membuat pengecaman sehingga 22 objek yang berlainan dalam satu gambar yang sama.

Mod malam yang disertakan juga dapat membantu anda untuk mendapatkan gambar yang cantik walaupun berada dalam persekitaran yang gelap dengan bantuan teknologi AI ini.

Kamera peranti ini juga mempunyai beberapa ciri premium seperti Super Slow-Motion, AI Backlight Portrait serta penstabilan imej berkuasa AI (AIS), teknologi penstabilan imej baru yang dibangunkan oleh pihak Honor.

Walaupun telefon pintar ini dijual pada harga yang sangat mampu milik, namun ciri dan fungsi yang disertakan bersamanya adalah seakan sama dengan peranti kelas pertama.



4) Prestasi Tinggi Setiap Hari

Honor 8X ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Kirin 710, peranti ini sudah cukup untuk menjalankan tugasan normal dengan cukup baik. Anda juga kurang menghadapi masalah untuk bermain permainan video mudah alih yang popular ketika ini seperti PUBG Mobile dan juga Mobile Legends kerana peranti ini turut dilengkapi GPU Turbo.

Honor 8X juga turut menawarkan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 3,750mAh. Dengan penggunaan yang normal, bateri mampu bertahan selama 1 hari tanpa masalah. Manakala, bagi pengguna yang ‘hardcore’ pula bateri hanya mampu bertahan selama 16 jam sahaja.



5) Kapasiti Storan 128GB, Storan Luaran MicroSD Sehingga 400GB

Seolah-olah memahami kehendak pengguna masa kini yang memerlukan fungsi kapasiti storan besar untuk menyimpan foto, pelbagai aplikasi dan video.

Honor 8X kini tampil dengan kapasiti storan sebesar 4GB RAM + 128GB ROM. Dengan adanya Honor 8X anda kini tidak perlu risau kerana setiap peranti ini datang dengan kapasiti storan yang besar dan kapasiti ini jauh meninggalkan peranti-peranti lain dalam kelasnya.

Jika anda merasakan telefon pintar anda sekarang tidak cukup ruang untuk menyimpan gambar serta pelbagai aplikasi, Honor 8X juga menyokong penuh storan luaran microSD sehingga 400GB.



6) Tiga Slot Kad

Bagi memudahkan pengguna membuat panggilan telefon dalam masa sama inginkan juga akses internet daripada dua SIM yang berbeza, Honor 8X turut menawarkan keperluan tersebut.

Jadi pengguna tidak perlu berserabut kepala untuk memindahkan atau mengalihkan kad SIM yang telah dimasukkan kerana terdapat satu lagi slot untuk kad microSD jika inginkan storan tambahan.

Honor 8X juga menyokong fungsi Twin Function yang membolehkan anda untuk membuka satu aplikasi dalam 2 tetingkap yang berbeza, seperti 2 aplikasi Facebook atau 2 aplikasi Instagram dalam satu masa yang sama.

Jadi tidak salahlah kenapa Zizan memilih Honor 8X sebagai telefon pintar kegunaan hariannya.



Jadi, sekiranya anda inginkan sebuah telefon pintar dengan ciri-ciri premium pada harga yang rendah, Honor 8X adalah salah satu pilihan telefon pintar yang terbaru yang patut anda miliki.

Honor 8X ditawarkan pada harga RM 949.00 dengan pilihan warna biru, merah dan hitam. Honor 8X boleh didapati melalui Hihonor dan kedai & pengedar Honor yang disahkan.



Jangan tunggu lagi dapatkan Honor 8X di pasaran sekarang dan rasai kepuasan dalam penggunaan telefon pintar harian sama seperti Zizan sekarang. Anda juga diajak beramai-ramai ke DirectD Digital Mall di Kajang untuk berjumpa dengan duta Honor Zizan Razak pada 17 November (Sabtu) dari pukul 1.30 sampai 4 petang.

Banyak aktiviti dan permainan akan dijalankan dan anda juga berpeluang memenangi barangan premium dan tiket AFF Suzuki dari Zizan. Untuk 50 pembeli Honor 8X yang terawal, anda juga akan mendapat Honor Band 3 dan beg galas bernilai RM200. Jumpa anda Sabtu depan!