Berucap Tentang Kesetaraan Wanita, Meghan Markle ‘Ditangkap’ 54 Kali Puji Diri Sendiri
Maliah Surip
07/09/2022 14:40 MYT
07/09/2022 14:40 MYT
The Duchess of Sussex, Meghan Markle buat pertama kalinya melakukan sesi perkongsian pada sidang kemuncak One Young World yang berlangsung di Bridgewater Hall di Manchester baru baru ini.
Markle, 41, bercakap di hadapan lebih dua ribu tetamu yang hadir untuk membincangkan isu hak atau kesetaraan wanita dalam semua bidang di dunia.
Sayangnya, berbanding menekankan bagaimana kuasa atau kesetaraan wanita boleh memberi lebih impak dan berdaya saing, beliau dikatakan lebih banyak ‘mengangkat’ atau memuji diri sendiri.
Dalam tempoh ucapan selama tujuh minit, Markle didakwa telah memuji dirinya sendiri sebanyak 54 kali!
Beliau antaranya bercerita mengenai perubahan diri selepas menjadi ibu dan melahirkan puteranya bersama Putera Harry, Archie.
Mantan pelakon itu juga dilihat cuba meletakkan dirinya sebagai contoh kepada wanita muda pada masa kini.
“Saya mungkin sama seperti anda semua, pernah muda dan sangat bercita cita tinggi,” katanya.
Markle juga bercerita mengenai transisi dirinya sebagai pelakon dari naskhah The Suits sehingga hidupnya berubah secara dramatik pada tahun 2019 dan kini menjadi The Duchess of Sussex. Beliau cuba mengaitkan tentang perjalanan dirinya dengan kesetaraan wanita.
Semua ucapan dan pengalaman tersebut dikongsikan bukan sahaja dalam kalangan deligasi muda dari 190 negara, tetapi turut diikuti oleh ramai pesohor dan figura terkenal dunia termasuk pemimpin negara dan aktivis.
Meski perkongsiannya bersifat jujur dan terdapat anekdot yang memberi inspirasi, namun pengkritik mengatakan semua yang diperkatakan oleh Markle sebagai tidak langsung berkaitan dengan isu kesetaraan wanita.
Malah penganalisis Diraja menyifatkan ucapan wanita itu sebagai banyak kekurangan dan tidak sama sekali memberi perkongsian bermanfaat yang boleh dipraktikkan atau menggali potensi diri seorang wanita untuk menjadi setara kaum lelaki.
Kredit Foto: Dailymailuk