Beruntung Jadi Insan Bernama Neelofa Ni, Jadi Tetamu Pertama Di Resort Mewah Jumeirah Al Wathba, Abu Dhabi

Badrul Hashim
Februari 17, 2019 04:50 MYT
Banyak perkara yang mungkin sebagai rakyat Malaysia kita tidak pernah merasai pengalamannya.
Berlainan dengan Neelofa yang sentiasa mendapat peluang istimewa.
Contohnya apabila Neelofa menjadi orang ketiga di dunia yang menginap di hotel mewah bawah air The Muraka, yang berharga RM200,000 untuk satu malam.
(Baca: Neelofa Orang Ketiga Dunia Menginap Di Hotel Mewah Dalam Air)
Terbaru Neelofa menerima jemputan menjadi tetamu pertama di resort mewah Jumeirah Al Wathba, Abu Dhabi.
(Klik: Neelofa)
Ketika pelancaran resort tersebut, Neelofa turut diperkenalkan kepada tuan punya resort berkenaan, H.E. Sultan Al Humairi.
Menurut Neelofa, resort Jumeirah Al Wathba yang terletak di kawan gurun tersebut bukan sahaja indah dan menawan, tetapi turut menyediakan layanan kelas pertama
Untungnya jadi Lofa!
#Neelofa