Bagaikan sinar harapan buat seluruh dunia apabila saintis mendapati antibodi daripada haiwan llama mungkin boleh mematikan virus Covid-19.

Perkara itu didedahkan oleh penyelidik dari Pusat Bioteknologi Perubatan VIB-UGent di Ghent.

Menurut Ketua Pegawai Perubatan ExeVir VIB-UGent Domunique Tersago, antibodi yang diekstrak daripada seekor Ilama dilihat boleh menghapuskan penularan koronavirus.

Menurutnya, antibodi digelar sebagai Winter itu turut xberupaya mematikan varian Delta.

"llama menjana antibodi yang luar biasa secara semulajadi.

“Saiznya yang kecil dapat bercantum dengan bahagian tertentu pada spike protein virus, sekali gus tidak membenarkan antibodi yang lebih besar masuk.

“Kami tidak nampak mutasi pada kadar tinggi di situ," katanya.

Jelasnya antibodi ini juga menunjukkan tahap peneutralan kuat terhadap varian Delta yang mudah menular.

Malah, Winter menghasilkan versi antibodi yang lebih kecil, stabil dan lebih mudah dihasilkan berbanding mamalia lain.

Sekadar info, llama adalah sejenis binatang seperti unta tetapi tidak mempunyai bonggol.

Haiwan ini berasal dari Amerika Selatan dan biasanya digunakan untuk pengangkutan dan dijadikan bahan makanan oleh masyarakat Andean.

Llama mempunyai leher panjang dengan ketinggian 5.5 hingga 6 kaki apabila berdiri dan mampu hidup selama 20 hingga 25 tahun.

Sumber : Reuters