Pegawai keselamatan aviasi (aviation security) yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjadi bualan netizen selepas foto dan profil dirinya dikongsikan pengendali akaun Malaysia Airports di Twitter pada Sabtu.

Berbekalkan badan tegap dan berotot, Luqman Nurhakim yang kemas berpakaian seragam, anak kelahiran Pahang itu difahamkan sudah berkhidmat sejak tujuh tahun lalu.

"Hi Luqman! Besar-besar ni nak pergi mana? Luqman Nurhakim atau dikenali sebagai Luqman merupakan seorang anggota Aviation Security (AVSEC) yang berkhidmat di KLIA.

"Luqman yang berasal dari Raub, Pahang sudahpun bersama Malaysia Airports selama 7 tahun.

"Seperti yang kita semua boleh teka, Luqman selalu menggunakan masa terluangnya di gym dan melakukan aktiviti berat.

"Baginya, kesihatan fizikal dan mental kenalah seiring dan seperti pengalaman dan wang ringgit, kesihatan juga perlu dicari dan dijaga," tulis pengendali akaun terbabit.

Berbekalkan pengalaman yang ada, Luqman kerap membantu pengunjung yang tidak tahu berkomunikasi dalam bahasa Malaysia atau Inggeris.

"Sebagai seorang wargakerja yang bekerja secara langsung bersama tetamu lapangan terbang kita, Luqman sudah tentu mempunyai banyak pengalamanan dalam mengendali dan membantu para tetamu yang mengalami kesulitan.

"Salah satunya adalah ketika beliau membantu tetamu yang tidak boleh berbahasa Malaysia ataupun Inggeris.

"Berbekalkan pengalaman yang ada, ini bukanlah suatu perkara yang rumit bagi Luqman," kongsi akaun itu lagi.

Foto dan keterangan diri Luqman mencetuskan keterujaan netizen hingga ada yang berseloroh untuk meninjau kawasan lapangan terbang itu semata-mata untuk bertemu dengannya.

Ada berani? Kena sergah baru tahu!

Foto: Carian Google, Twitter Malaysia Airports