Laman Utama
“Besar Pahala, Suka Tengok Dia Jaga Afif”- Cara Instafamous Ini Layan Adik Istimewa Buat Ramai Tersenyum
Personaliti media sosial Azfar Heri mendapat perhatian netizen selepas berkongsi video pendek bersama adik kesayangannya yang juga merupakan anak syurga iaitu Afif.
Menerusi video yang dikongsi di platform YouTube miliknya, Azfar memberitahu ini merupakan kali pertama dia memotong rambut adiknya yang juga merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU).
“Nak simpan kenangan dan ini merupakan kali pertama saya nak gunting rambut Afif. Selalunya ibu saya yang lakukan.
“Oh mana-mana yang tidak tahu adik saya yang Afif ini special, jadi dia sangat special untuk saya,” katanya membuka bicara.
Bait-bait ayat yang diutarakan Azfar itu secara tidak langsung menyentuh hati netizen yang menonton video berkenaan.
Bukan itu sahaja, gelagat Azfar yang sabar dan melayan karenah Afif yang manja sepanjang proses pemotogan rambut berlangsung juga membuatkan ramai terharu.
“Sumpah, Azfar ni abang yang baik, dia sabar je dengan perangai orang... Semoga Azfar sekeluarga murah rezeki,” komen @airiss ᴋᴏsʜɪ.
“Walaupun Azfar macam jenis gila-gila tapi dia still caring dengan Afif... Respeklah dekat Azfar dapat jaga Afif... Saya tahu betapa susahnya nak jaga seseorang yang istimewa,” tulis @Laviosta.
“Bestnya selalu nampak kalau ada keluarga yang mempunyai anak 'special' pasti malu tapi Azfar ni… Harap dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki amin,” coret @Eric Voo.
Azfar sebelum ini meraih perhatian ramai apabila menyambut ulang tahun Afif pada 18 Mei lalu.
Selain aksinya bersama Afif yang mencuit hati, Azfar juga turut mencatat kejayaan tersendiri apabila menerima pengiktirafan Silver Play Button daripada YouTube.
Kini Afzar mengumpul lebih 700,000 pengikut di Instagram dan 415,000 orang di Twitter.