“Besar Sangat Ke Kepala Sampai Tak Boleh Tegur?- Chef Wan Terima Surat Saman Malu Dari Shikin Maembong
Syafiqah Jalal
20/02/2022 09:12 MYT
20/02/2022 09:12 MYT
Cef selebriti terkenal Datuk Redzuawan atau dikenali sebagai Chef Wan telah menerima surat saman malu dari bekas menantunya, Shikin Maembong.
Chef Wan memberitahu dia berkaitan isu beberapa bulan lalu dia ada menegur Shikin dan anaknya, Nadzri atau Chef Riz yang bergaduh soal hak penjagaan anak mereka.
“My son ex-wife Shikin Maembong thru her lawyer sent me surat saman malu konon some months ago saya tegur dia dan anak saya Nadzri bergaduh pasal anak itu ada lah salah. Especially hak bapa mau pun ibu ada la sama ke atas anak itu.
“Out of revenge tak puas hati pasal urusan nafkah anak she uses that as her way of getting back to him and it also affect me from seeing Ariana,” tulisnya.
Chef Wan berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik surat saman yang dipercayai diterima bertarikh 16 Februari lalu.
Kata Chef Wan sebagai bapa mertua dia hanya menasihati mereka supaya berdamai dalam soal penjagaan anak.
“Letih saya nak melayan drama dia ini pun. Tak rasa malu ke semasa susah saya la juga out there for her and Arriana settling all the hospital bills dan macam-macam lagi.
“As bekas bapa mertua jika saya nasihat dia supaya jangan buat perkara-perakra mcm tu salah ke? Kita orang tua nasihat yg baik2 without having to go to court to fight for custody of the child.
“Ramai orang bercerai kongsi jaga anak itu. Ini tak kasi jumpa sampai almost more than a year one-time kerana nak main drama dia.
“Kasihan anak itu deprived from the fatherly love. Kau dah kahwin laki orang tu move on aja lah.
My son pun dah kahwin pun. Masing-masing dah tua please grow up ok,” tegasnya.
My son pun dah kahwin pun. Masing-masing dah tua please grow up ok,” tegasnya.
Tambah Chef Wan lagi, sepatutnya isu kecil itu tak perlu dibawa ke mahkamah dan dalam masa yang sama Shikin sepatutnya mengenang jasanya yang selama ini pernah membantunya.
“Mahkamah ni ada banyak lagi isu-isu yang penting nak beri perhatian untuk negara ini. No need to tambah lagi all this stupid issue nak saman bekas bapa mertua la pulak.
“Kau lupa ke jasa-jasa aku bersusah payah kawin kan kau berdua using 100% of my own hard work income? Looking after my cucu as and when i can?
“What have I done to advice u as well as others in this country jika bercerai tu jangan berebut anak tu,” luahnya.
Chef Wan memberitahu sepatutnya Shikin berasa malu kerana bertindak demikian.
“My son dah consent u as the mother to jaga cukup la. If he want to spent a few days in a month to see his daughter that is anak dia!
‘Why do you have to make it difficult for us anyway? If we want to go to court we can to get the hak tetapi why? Isnt that a waste of public fund and legal fee for me and my son?
“Besar sangat ke kepala kau sampai lupa diri tu tak boleh di tegur dan di nasihati? Stop! stop! i dont have time for your shit ok.
“Letih saya melayan kisah anak2 ni semua. Dia tak malu ke ada hati nak saman saya nasihat yg baik2 for both parties?
“Miskin sangat ke nak saman saya 1 juta? Kasihan to feel so bitter inside..Desperate ke?
We all have move on pun! So stupid to fight over seorang anak pun. Have u forgotten that u have embarrased me enough? Kasihan kan anak tu sudah lah!,” jelasnya panjang lebar.
We all have move on pun! So stupid to fight over seorang anak pun. Have u forgotten that u have embarrased me enough? Kasihan kan anak tu sudah lah!,” jelasnya panjang lebar.