“Besarnya Macam Library” - Yusuf Iskandar Jalani Pembelajaran Online, Bilik Anak Hairul Azreen & Hanis Zalikha Curi Tumpuan

Azwa Rahman
Januari 21, 2021 12:55 MYT
Anak kepada pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar menjalani sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) buat pertama kalinya.
Menerusi laman sosial Instagram, Hanis berkongsi sesi pembelajaran anaknya itu untuk tatapan umum.
Yusuf Iskandar, first day of (online) school at home, 2021,” tulis Hanis menerusi ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian itu, Yusuf menjalani pembelajaran secara online di sudut bacaannya tersendiri yang dilengkapi dengan kerusi, meja dan pelbagai bahan bacaan.
Meninjau ke ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya yang teruja melihat bilik Yusuf yang tidak ubah seperti berada di sebuah perpustakaan.
Malah, ada wargamaya yang meminta Hanis melakukan house tour untuk melihat sendiri dekorasi pilihan pasangan dua sejoli itu.
I love his room,” komen Datin Diana Danielle.
Cantiknya bilik Yusuf,” puji Datin Fouziah Gous.
Hanis please buat house tour. Your deco selalu superb dan jadi inspirasi pada I, tq,” pinta seorang wargamaya.
Besarnya bilik Yusuf macam library,” ujar seorang wargamaya.
Ingatkan office, rumah wehhh,” usik seorang wargamaya.
So cantik bilik. Kalau rumah macam ni tak payah pegi school pun takpe,” kata seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian Hanis itu telah mendapat hampir 170,000 tanda suka daripada pengikutnya.
#Hanis Zalikha #Hairul Azreen #Yusuf Iskandar #Anak Selebriti