"Best Ahh. You Are So Natural .." - Peminat Suka Tya Arifin Jadi Pengacara MeleTOP

Zulaikha Yusof
Disember 19, 2018 03:39 MYT
Juri Maharaja Lawak Mega (MLM) 2018, Tya Arifin telah menerima pujian netizen apabila menggantikan Neelofa sebagai pengacara program MeleTOP semalam.
Tya telah memuat naik gambarnya ketika mengacarakan program itu dan menerima pelbagai respon positif dari netizen sehingga ada yang mencadangkan Tya terus kekal menggantikan tempat Neelofa.
Kebanyakan netizen berpendapat bahawa Tya kelihatan bersahaja malah tidak kekok mengendalikan program yang disiarkan secara langsung itu.
"@zulzul44: Best ahh. You so natural! Please make @tyaarifinnw the perm host."
"@nisahairi_: @tyaarifinnw good job host tadi, tak nampak kekok dan nervous pun."
"@rayyanhannah: I watch you on MeleTOP just now! Kak tya so spontaneous and very funny. I enjoyed watching you hosting the show. Probably the best episode with you in it! Cant stop smiling."
suzi_opulent: Wow! You are awesome & talented @tyaarifinnw. Well you should host MeleTOP permanently with @nabilzira."
Sekadar info, Maharaja Lawak Mega (MLM) 2018 yang bersiaran setiap Jumaat pada pukul 9 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan 'on demand'.
#Tya Arifin