Best Birthday Gift Ever - Vince Syukur, Isteri Selamat Timang Bayi Kedua

Syafiqah Jalal
Oktober 1, 2017 04:00 MYT
Bintang juara Akademi Fantasia pertama, Vincent Chong atau Vince telah selamat menyambut kelahiran bayi keduanya semalam.
Vince menerusi akaun Instagram (IG)nya berkongsi berita gembira tersebut dengan memuat naik foto isterinya bersama bayi lelaki yang masih berada di hospital.
Penyanyi itu memberitahu bayinya itu lahir sehari selepas hari kelahirannya dan ia merupakan hadiah yang tidak ternilai.
Isterinya selemat melahirkan anak keduanya secara normal di Keningau Sabah.
Vince bersyukur kerana proses kelahiran anaknya berjalan dengan lancar.
Berikut merupakan foto dan kapsyen yang ditulis:
Terdahulu pasangan ini telah dikurniakan seorang anak perempuan yang baru berusia dua tahun.
Foto: Instgaram Vince Chong
#Akademi Fantasia #Cahaya Mata #Vince #Vince Chong