Baru-baru ini, nama pelakon Nora Danish tiba-tiba menjadi panas selepas berkongsi gambarnya ketika sedang melakukan aktiviti mendaki bukit di laman Instagram.

Rata-rata meninggalkan komen kurang senang terhadap gambar Nora dan menganggap sut yang dikenakan menyerupai warna kulit dan terlalu ketat.

Ada juga yang memberi pesanan supaya Nora mengenakan pakaian yang bersesuaian kerana sebagai manusia, kita tidak boleh menjangkakan musibah yang bakal berlaku dipersekitaran.

Nampaknya, belum reda tentang pakaian Nora Danish, gambar percutian pelakon dan pengacara Nabila Huda turut menjadi sorotan perhatian netizen.

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)


Menerusi gambar yang dimuat naik, Nabila dilihat sedang menikmati percutian pendek bersama temannya, sesuai dengan kapsyen “short vacay” yang ditulis.

Meninjau ruangan komen, netizen seperti memberi pesanan buat Nabila supaya menjaga auratnya.

“Best ja buat dosa,” tulis seorang netizen.

“Aurat,” tulis seorang pengikutnya ringkas sambil meletakkan emoji sedih.

“Minat Abil dari dulu lagi... Abil lawa sangat. Moga Allah berikan kita sama-sama hidayah dengan menutup aurat kita dengan sempurna. Amin amin amin ya rabbal alamin,” tulis seorang netizen.

“Dayusnya seorang suami jika tidak menegur isterinya. Dan derhakanya seorang isteri jika tidak akur nasihat suaminya... Pahitkan? Tapi inilah hakikat,” kongsi seorang wargamaya pula.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang mendoakan kesejahteraan semua dan diberikan petunjuk oleh Allah SWT.

“Semoga hidayah dan petunjuk dari Allah milik kita semua... Amin,” katanya.

BACA : "Bukan Dengki, Cuma Ingatakan Sesama Muslim" - Netizen 'Tazkirah' Nora Danish, Baju Hiking Sendat Macam...