Hiburan
“Best Jugak Rasa Dia” - Emma Maembong Dah Lama Tak Pakai Kain Batik
Pelakon Emma Maembong mencuri tumpuan wargamaya apabila mengakui keselesaan memakai kain batik walaupun jarang menggunakannya.
Menerusi laman sosial Instagram, Emma berkongsi foto berkain batik tersebut untuk tontonan umum.
“Morning! Shooting #BicaraCinta. Lama tak pakai kain batik, sebab job ni je pakai. Best jugak rasa dia,” tulis Emma sebagai kapsyen.
Menjalani penggambaran di sebuah rumah di Tanjung Karang, Emma tampil manis mengenakan kain batik dengan baju kurung Kedah persis gadis kampung.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji penampilan Emma yang kelihatan ayu mengenakan kain batik.
“Morning Emma, elok je berkain batik pun,” kata seorang wargamaya.
“Kak Emma pakai apa pun sentiasa cantik dan menarik. Kagum tengok rumah th, klasik sangat,” puji seorang wargamaya.
“Cantiknya sis berkain batik,” komen seorang wargamaya.
“Kelihatannya seperti dah dimamah usia. Bersedialah untuk watak ibu tua,” usik seorang wargamaya.
“Lepas dah dapat anak nanti bolehlah berkain batik selalu,” kata seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 60,000 tanda suka daripada wargamaya.