Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Best Nama Baby” – Syida Melvin Pilih Safa Safeera, Peminat Puji Nama Anak Sedap Dan Ringkas

Mya Amri
25/02/2020 06:40 MYT
Pelakon Syida Melvin selamat menimang cahaya mata pertamanya pada Khamis lalu.

Menerusi akaun Instagramnya, Syida memaklumkan pilihan nama puteri sulungnya.

Syida bersama suami, Mohamad Syafiq Azim Shaheen telah memilih nama yang cukup indah iaitu Safa Safeera.
“Alhamdulillah, MashaAllah… MashaAllah. Terima kasih pada yang mendoakan. Alhamdulillah Cda dah selamat lahirkan baby Girl, Safa Safeera 3.47kg @ 3:56pm 20/02/2020.

“Kebetulan sangat-sangat yang due date Safeera memang hari ini, date cantik hehe! Ibu dan daddy nikah 19.1.19, baby girl keluar at 20.2.20. Syukur Alhamdulillah Ya Allah ❤️

“Nanti next post Cda cerita my Labour journey okay. Ni nak rehat sat, penat teqan,” tulisnya.

Alhamdulillah, MashaAllah MashaAllah.. . Terima kasih pada yang mendoakan, Alhamdulillah Cda dah selamat lahirkan Baby Girl, Safa Safeera 3.47kg @ 3:56pm 20/02/2020 ♥️ . . Kebetulan sangat sangat yang due date Safeera memang harini, date santekkk hehe! Ibu & daddy nikah 19.1.19, babygirl keluar at 20.2.20. Syukur Alhamdulillah Ya Allah ❤️ Nanti next post Cda cerita my Labour journey okay. Ni nak rehat sat, penat teqannnn ???

A post shared by CDA (@syidamelvin) on


Bagaimanapun, Syida masih belum mendedahkan wajah anak perempuannya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah kepada Syida yang juga merupakan adik kepada aktres Syatilla Melvin.

Terdahulu Syida dan suaminya yang merupakan anak kepada Iron Lady Malaysia, Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid, Mohamad Syafiq Azim Shaheen berkahwin pada 19 Januari 2019

Pasangan ini telah diraikan dalam lima majlis resepsi yang diadakan di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
#pelakon #Pelakon #Syida Melvin
;