Hiburan
“Best, Takut, & Nervous” - Jadi Ibu Momen Terindah Sharifah Amani
Pelakon, Sharifah Amani mengakui bergelar seorang ibu merupakan pengalaman terindah dalam hidupnya.
Jelas Amani, jika sebelum ini menjadi ibu hanya sekadar watak lakonan, kini hasrat itu direalisasikan dengan kehadiran cahaya mata sulungnya, Ahmed Mohsein Ahmed Faris yang dilahirkan pada 26 Jun 2024.
“Perasaan jadi seorang ibu adalah best, penat, takut, nervous, gembira dan macam macam lagi.
“Saya banyak kali membawa watak ibu dan watak hamil yang kononnya nak merasa perasaan seorang ibu tapi apa yang saya boleh katakan adalah saya tidak pernah rasa perasaan hebat ini.
“Alhamdulillah, mungkin lepas ini lokanan saya sebagai ibu akan lebih menjadi. Mungkin halus dan lebih sensitif kerana saya melaluinya sendiri,” katanya kepada Gempak.
Sharifah Amani berkata demikian ketika ditemui di Majlis The Art Hour On Tour yang bertempat di The Campus Ampang, Kuala Lumpur pada Selasa.
Pada masa yang sama, pelakon filem La Luna itu akui berdepan beberapa cabaran sepanjang bergelar ibu.
“Antara cabaran yang saya lalui adalah cabaran diri sendiri, membesarkan seorang bayi dan perubahan rumah tangga kerana wujudnya orang baharu tetapi itulah yang menarik tentang kehidupan saya sekarang ini.
“Buat masa sekarang anak saya dalam mood senyum. Dia banyak senyum. Kalau dia nampak muka saya dimana-mana dia akan senyum dan akan gelak.
"Itulah momen yang saya rasa tidak boleh dilawan,” kongsinya.
Untuk maklumat, Sharifah Amani dan suaminya, Ahmed Faris mendirikan rumah tangga pada 10 September 2022 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ahmad Mohsein pada 24 Jun 2024.
Sekadar info, podcast seni dan budaya terkenal BBC World Service, The Arts Hour On Tour, telah melabuhkan tirai pada Selasa, 26 November lalu. Acara ini menampilkan persembahan secara langsung dan wawancara bersama pengiat seni di Malaysia.
Podcast yang mengetengahkan suara-suara seni dari seluruh dunia, akan meneroka keunikan landskap budaya Malaysia serta memberikan pendengar dari dalam dan luar negara.
Sesi podcast ini turut menampilkan muzik daripada Takahara Suiko, penyanyi dan penulis lagu indie, kumpulan Tuni Sundatang dan Dabra Sia bergabung untuk mempersembahkan lagu tradisi dari folklorik Borneo dan genre rock.
Turut disertai pelawak Kavin Jay dan pengarah, Ng Ken Kin membincangkan mengenai filem Pendatang, sebuah karya di YouTube yang berlatar belakangkan Malaysia distopia dan tema segregasi kaum.