Hiburan

“Best Tengok Baby, Insya-Allah Januari 2020” - Suami Abby Abadi

gempak
Mya Amri
11/07/2019
22:44 MYT
Sponsor Banner
“Best Tengok Baby, Insya-Allah Januari 2020” - Suami Abby Abadi
Suami pelakon Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria berkongsi perkembangan terbaru isterinya yang sedang hamil.
Menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya, Faizal menyatakan rasa syukur dan memaklumkan anak yang dikandung isterinya itu berada dalam keadaan sihat.
Selain itu, dia juga mendedahkan tarikh jangkaan bersalin Abby adalah pada Januari 2020.
“Hari ini dengan my love @abby_abadi112 ke klinik lagi sebab ada temu janji untuk scan.
“Best tengok baby, semua sihat. Insya-Allah Januari 2020 dapat melihat kebesaran ciptaan dan nikmat yang Allah berikan kepada hambaNya.
“Moga Allah berikan kesihatan yang terbaik untuk my love & my baby...” tulisnya.
Terdahulu pada tahun 2017, Abby mendedahkan pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan.
Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.
Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024