Bestnya! Bridal Shower & Parti Buih Dynas Mokhtar Sebelum Kembali Bergelar Isteri

Amri Hassan
Mac 30, 2018 04:05 MYT
Selepas mengikat tali pertunangan pada 26 Oktober lalu, pelakon Dynas Mokhtar bakal melangsungkan perkahwinan dengan pengusaha ladang ayam, Shazrik Din pada 21 April depan.
Menjelang hari bahagianya, Dynas sempat meluangkan masa untuk meraikan bridal shower bersama teman karibnya sebelum kembali menyandang status isteri.
Dynas, 35, yang kini berada di The Taaras Beach & Spa Resort, Pulau Redang, Terengganu dilihat bersama rakan artis lain termasuk Sazzy Falak, Yasmin Hani dan Daphne Iking.
Dalam kebanyakan foto yang dikongsikan sendiri oleh Dynas, aksinya mandi buih dalam sebuah tab mandi bersama rakan-rakannya menggamit perhatian netizen.
Sampaikan ada segelintir netizen yang menyarankan agar Dynas dan rakan selebritinya menerbitkan rancangan realiti sendiri.
Dynas sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Hafizi Mohamed pada 15 Mac 2008 namun bercerai pada 25 Februari 2014.
Apapun, jom layan gambar-gambar menarik Dynas sempena bridal shower di Pulau Redang!
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @dynasmokhtar, @sazzyfalak, @yasminhani, @daphneiking
#Dynas Mokhtar #Bridal Shower #Pulau Redang