"Bestnya Dapat Abang Macam Ni" - Netizen Berebut Mahu Jadi Adik Ipar Jaa Suzuran

Asraf Aided
Mac 12, 2019 10:36 MYT
Selebriti Jaa Suzuran berkongsi gambar bersama adik perempuannya yang mengundang perhatian netizen.
Foto itu dikongsi menerusi sebuah entri akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Jaa mengekspresikan rasa sayang serta memberi peringatan kepada lelaki di luar sana agar tidak menyakiti adiknya itu.
"Kesayangan abe Jaa ni, you break her heart, I break your bone, take note okay," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut lelaki Jaa bergurau nakal mengusik untuk menjadi adik iparnya.
"Hi abang ipar.
"Bestnya dapat abang macam ni.
"Hai abang ipar saya," tulis netizen.
#Jaa Suzuran