Media sosial Intan Najuwa menjadi tumpuan netizen saat pelakon yang kini sedang berada di New Zealand itu berkongsi momen-momen menarik bercuti di sana.

BERITA TRENDING: Selamat Bernikah Dengan Datuk Ahmad Asraf, Intan Najuwa Terima Wang Hantaran RM222K

Menerusi perkongsian di TikTok, Intan memuat naik aktiviti berkuda yang telah diaturkan oleh suaminya yang tercinta.
@intannajuwaaa

My husband got us 2 trucks of horses just for ride & play polo by the beach. This is insane but amazing. I had a lot fun! ??

♬ Night Trouble - Petit Biscuit

“My husband got us two trucks of horses just for ride and play polo by the beach. This is insane but amazing. I had a lot fun!” tulisnya.

Meninjau ruangan komen, ramai yang terpegun melihat perkongsian Intan itu.





Untuk rekod, Intan bernikah dengan ahli perniagaan, Datuk Azraf Azman pada 18 Ogos lalu di Desaru Coast menerusi satu majlis tertutup.