Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Bestnya Tak Payah Pakai Mask” - Dayah Bakar Berniaga Bazar Ramadan Di Australia, Kecil Tapi Meriah!

Azwa Rahman 03/05/2021 | 03:40 MYT
Pengacara Dayah Bakar ligat membantu keluarganya berniaga di sebuah bazar Ramadan di Canberra, Australia.
Menerusi laman sosial Instagram, Dayah, 32, berkongsi sebuah video suasana kemeriahan bazar Ramadan di sana untuk tatapan umum.
“Bazar Ramadan di Canberra. Memang rasa seronok bila dapat tolong meniaga sama-sama dengan family Dayah dekat sini. Teringat dulu meniaga dekat bazar, jual lauk pauk masak. Balik je kelas, terus berdesup pergi meniaga pasar Ramadan TTDI.
“Dekat sini macam-macam jenis kuih dan lauk ada. Ada satu perkara Dayah nak share, bila dah nak habis menjual, kami sama-sama exchange food untuk bawa balik berbuka. Kongsi rezeki, so beutiful,” tulis Dayah di ruangan kapsyen.

A post shared by DAYAH BAKAR (@dayahbakar)

Menerusi perkongsian berdurasi 30 saat itu, Dayah dilihat menjual pelbagai jenis kuih-muih, nasi lemak dan soto kepada penduduk tempatan.
Walaupun bazar di sana tidak sebesar di Malaysia, namun kunjungan dan keramahan orang ramai yang hadir cukup memeriahkan bazar tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, ramai wargamaya yang teruja melihat kemeriahan bazar Ramadan penduduk Australia.
Malah, penduduk Australia yang tidak lagi perlu memakai pelitup muka apabila keluar berjalan turut mengundang pujian wargamaya.
Kenapa sana lagi suasana raya berbanding sini,” komen seorang wargamaya.
Bestnya kat Australia tak payah pakai mask dah kan Dayah,” kata seorang wargamaya.
Dayah punya energetik tu, semangat kita tengok. Nampak meriah betul,” puji seorang wargamaya.
Kalau la Malaysia macam ni no mask, mesti seronok,” ujar seorang wargamaya.
Sambut Ramadan dan Syawal kat negara orang lagi seronok dari negara sendiri dah sekarang ni,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 30,000 tontonan daripada pengikutnya.
Sekadar info, Dayah berkahwin dengan suaminya, Muhammad Hanif Hamidi pada Jun 2018.
Pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki, Achbar Muhammad Fahri pada 17 Ogos 2020.
Dayah dan keluarganya kini menetap di Canberra.
Sebelum ini, pasangan tersebut terpaksa berjauhan selama setahun lebih selepas Hanif berkhidmat di sana sebagai pegawai tentera berpangkat kapten.
#Australia #Bazar Ramadan #Dayah Bakar
;