"Betapa Bertuahnya Ada Kawan Macam Awak" - Ini Ucapan Gigi Hadid Untuk Ulang Tahun Kelahiran Blake Lively

Asraf Aided
Ogos 28, 2019 10:48 MYT
Supermodel terkenal antarabangsa, Gigi Hadid menulis ucapan buat ulang tahun kelahiran pelakon dan juga teman baiknya, Blake Lively.
Ucapan itu ditulis menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya yang dimuat naik semalam.
Menurut Gigi, dia berasa bertuah kerana memiliki rakan seperti Blake yang sentiasa memberi inspirasi kepadanya.
"Ini adalah minggu hari lahir Blake, saya rasa sangat bersyukur dan bertuah kerana memiliki rakan macam awak.
"Blake banyak memberi inspirasi kepada saya dalam banyak perkara, I love you dan semoga sentiasa diberkati," tulisnya sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Gigi turut mengucapkan selamat hari lahir untuk Blake.
Di akaun IG Blake pula, meskipun entri terakhirnya dikongsi pada bulan Mei lalu, namun ruangan komennya turut dipenuhi ucapan dari peminatnya.
Difahamkan, tarikh sebenar hari lahir Blake adalah pada 25 Ogos, namun Gigi dan semua peminatnya merasakan hari istimewa itu harus diraikan sepanjang minggu ini.
#Gigi Hadid #Blake Lively