Hiburan
"Betapa Saya Berharap Kami Tinggal Satu Negara" - Aishah Sinclair
Pelakon dan penyampai radio, Aishah Sinclair mengatakan dia dan keluarga akan segera ke Jakarta, Indonesia sebaik sahaja sempadan negara dibuka nanti.
Menurut Aishah, mereka sekeluarga mahu ke negara itu untuk bertemu dengan kakak iparnya, Bunga Citra Lestari (BCL).
"Sebaik sahaja negara kita membuka sempadan, Insya-Allah saya dan ahli keluarga akan ke Jakarta untuk bertemu BCL.
"Kami mahu terus memberi sokongan kepadanya, jika diikutkan perancangan asal, kami sekeluarga sepatutnya beraya di Jakarta bersama BCL, tetapi apakan daya, krisis COVID-19 melanda dan kami harus berada di Malaysia," katanya kepada Gempak.
Aishah juga sempat menceritakan tentang keakraban anak sulungnya dengan anak BCL dan abangnya, Allahyarham Ashraf Sinclair iaitu Noah.
"Anak sulung saya juga rapat dengan Noah, mereka berdua sangat gembira ketika bertemu, tetapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, mereka hanya berhubung menerusi panggilan video sahaja.
"Melihat pada semua yang berlaku ini, betapa saya berharap yang kami semua tinggal dalam satu negara," katanya lagi.
Terdahulu, Ashraf Sinclair dilaporkan meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.