Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

“Betul, Allah Uji Dengan Suami” - Isteri Aliff Syukri Berlapang Dada Dengan Situasi Suami

Izwan Isa 14/08/2022 | 02:50 MYT

Sejak semalam, kecoh di media sosial mengenai Datuk Seri Aliff Syukri yang mendakwa dirinya kini menghidap masalah kesihatan mental.

Bagi membuktikan yang dia ‘benar-benar’ sakit, Aliff juga difahamkan memuat naik gambar ubat yang kononnya sedang diambil ketika ini.
Namun, Aliff dikatakan kantoi apabila pemilik gambar tersebut tampil memberitahu yang gambar berkenaan adalah miliknya yang pernah dikongsi tidak berapa lama dahulu.
Selepas didakwa kantoi, isteri kepada Aliff, Datin Nur Shahida berlapang dada dengan dugaan yang dikurniakan suami seperti itu.
Shahida menerusi satu balasan komen di Instagram berkata yang Allah lebih mengetahui segala-galanya.
“Betul, Allah uji dengan suami. Tidak mengapa, Dia lebih mengetahui. Ujian orang berbeza-beza kan.
“Kan dunia ini bukan tempat kita berehat,” katanya yang membalas komen pengikut.
Terdahulu, Aliff mengucapkan selamat tinggal kepada dunia media sosial dan memadamkan kesemua hantaran yang ada pada akaunnya.
Hal ini berikutan tohmahan dan kritikan orang ramai terhadap dirinya selepas dia berkongsi klip-klip menari dengan penyanyi Baby Shima dan juga beberapa orang influencer.

#Datuk Seri Aliff Syukri
;