“Betul-Betul Depan Bilik Gantung…”- Beto Kusyairi Kongsi Momen Berlakon Di Penjara Pudu

Mya Amri
Februari 19, 2021 10:21 MYT
Pelakon Beto Kusyairy berkongsi pengalaman berlakon di tempat penuh bersejarah iaitu Penjara Pudu, Kuala Lumpur.
Menerusi ciapan di akaun Twitter dan coretan Instagram miliknya, Beto mendedahkan beberapa momen yang dilalui sepanjang penggambaran berlangsung.
Menurut Beto, dia berasa hiba melihat coretan-coretan di dinding sel bilik tahanan penjara berkenaan selain turut merasai ‘tenaga’ luar biasa.
“Berpeluang juga menggunakan sel akhir, sel biasa dan bilik gantung Penjara Pudu untuk mini siri Warkah Terakhir: Rosli Dhoby.
“Kesemua babak penjara serta tali gantung dilakukan di sini. 'Energy' nya sungguh luar biasa.
“Benar, pelbagai lukisan dan coretan yang sebahagian besarnya membuatkan aku rasa hiba. Terutamanya di sel-sel akhir. Ada juga yang menakutkan.
“Sayang seribu kali sayang mercu tanda KL ini tidak dipelihara seperti Alcatraz. Gambar pertama tu betul-betul di depan bilik gantung (di tutup dengan kain hitam untuk tujuan pencahayaan). Para pemain dan kru lebih banyak diam dan cukup 'menghormati' lokasi,” kongsinya.

Berpeluang juga menggunakan sel akhir, sel biasa & bilik gantung Penjara Pudu untuk mini siri Warkah Terakhir: Rosli Dhoby. Kesemua babak penjara serta tali gantung dilakukan di sini. 'Energy' nya sungguh luar biasa. https://t.co/tdWdH1Xtsa

— Beto Carotene ?? (@Beto_Kusyairy) February 18, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Untuk info, Beto menjalankan penggambaran di Penjara Pudu untuk drama patriotik berjudul Warkah Terakhir: Rosli Dhoby yang ditayangkan pada 2009.
#Beto Kusyairy #Penjara Pudu #Warkah Terakhir Rosli Dhoby