“Betul-Betul Nakal” - Comelnya Bila Bunda Hetty Komen Gelagat Nabil Cium Pipi Tok Ram

Mya Amri
Disember 31, 2019 10:16 MYT
Gelagat pengacara Nabil Ahmad bersama juri GegarVaganza 2019 (GV2019) Datuk Ramli MS mendapat perhatian netizen.
Gaya lucu Nabil yang mencium pipi Datuk Ramli MS atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ram sewaktu Konsert Throwbaek 2019 yang berlangsung pada Ahad sememangnya mencuti hati netizen.
Foto comel itu juga turut dimuat naik oleh Tok Ram menerusi akaun Instagramnya.
Malah juri tetap GV2019, Hetty Koes Endang dan beberapa rakan artis juga turut meninggalkan komen di Instagram Tok Ram.
“Betul-betul Nabil nih nakal ya,” tulis bunda Hetty.
“Steady tok!!” komen @myaruslee
“Perangai betul” komen @shieraijoy
Terdahulu, Tok Ram telah menerima Anugerah Throwbaek Abadi pada acara konsert berkenaan.
#Nabil Ahmad #Datuk Ramli MS