Ibu kepada penyanyi muda As'ad Motawh, Datuk Yustita J Al-Djabbar tampil memberikan penjelasan mengenai dakwaan anaknya menghamilkan teman wanita yang tular di media sosial baru-baru ini.

Jelas Yustita, kisah itu cuba sebahagian daripada jalan cerita yang dimuatkan dalam muzik video terbaharu lagu As'ad, Selamanya.

"Kepada Asadious (kelab peminat) yang mesej saya, betulkah As’ad hamilkan teman wanitanya? Jawapannya, belum pernah & Insya-Allah tidak pernah!

"Itu hanyalah cerita di dalam muzik video sahaja. Begitu juga dengan adegan yang mana saya terlantar sakit dan As’ad kelihatan seperti seorang yang sudah hilang akal menyusun banyak gelas yang berisi air," tulisnya menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini.

Pemberitahuan Khusus Buat The Amazing Asadious❤️❤️❤️Selamanya mengisahkan tentang pengalaman As’ad yang pernah melalui “kemurungan” akibat dikecam hebat oleh haters. Script cerita di dalam MV Selamanya telah diubahsuai untuk menjadikan ia kelihatan lebih dramatik dan mendebarkan. Kepada Asadious yang dm Aunty, betul kah As’ad hamilkan girlfriend nya... ??? ?Jawapannya, belum pernah & inshaaAllah tidak pernah! Itu hanyalah cerita di dalam MV sahaja ? Begitu juga dengan adengan di mana Aunty terlantar sakit dan As’ad kelihatan seperti seorang yang sudah hilang akal menyusun banyak gelas yang berisi air ? Semoga penjelasan ini mencerahkan persepsi / prasangka semua. Terima kasih Asadious. You are amazing, your care, love and prayers will surround As’ad Motawh & Family with unbreakable protection. Aamiin Ya Allah ?? @asad.motawh @anasmotawh @ashrafmotawh @princessameramotawh @xenorocks @beegoodmusic @alfa_records #asadious #selamanyaasadmotawh

A post shared by Dato' Yustita J Al-Djabbar (@yjaldjabbar) on


Tambahnya, lagi Selamanya merupakan kisah sebenar daripada pengalaman yang berlaku dalam masyarakat yang berdepan kemurungan.

"Selamanya mengisahkan tentang pengalaman As’ad yang pernah melalui kemurungan akibat dikecam hebat oleh haters.

"Skrip cerita dalam muzik video Selamanya telah diubahsuai untuk menjadikan ia kelihatan lebih dramatik dan mendebarkan.

"Semoga penjelasan ini mencerahkan persepsi atau prasangka semua," ujarnya.

Dalam muzik video terbabit, seorang wanita yang melakonkan watak kekasih As'ad menunjukkan alat ujian kehamilan sekali gus mencetuskan tanda tanya ramai.

Muzik video Selamanya telah dimuat naik di YouTube pada 13 September lalu dan telah ditonton lebih 200,000 kali.