Hiburan
Betul ke Dira Abu Zahar Diceraikan Suami?
Terperanjat Miss K selepas mendapat tahu tentang berita penceraian pelakon dan penerbit popular Dira Abu Zahar.
Mana tidaknya, angin tak ada ribut tak ada, tahu-tahu bercerai. Setahu Miss K, Dira dan suaminya tidak pernah dilanda kontroversi, lebih-lebih lagi yang melibatkan rumah tangga.
Lebih menyedihkan Miss K dapat tahu Dira diceraikan pada awal Ramadan yang lalu.
Yang tak sedapnya, menurut teman Miss K yang juga aktif dengan aktiviti menunggang motorsikal berkuasa tinggi, Dira dimasukkan ke hospital pada malam dia diceraikan kerana ‘depressed’.
Kata teman Miss K itu lagi, Dira telah ditahan di hospital selama seminggu kerana kemurungan, mungkin kerana tidak dapat menerima sebab dia diceraikan.
Perselisihan faham antara Dira dan suaminya, Helmi Yusof dikatakan berpunca dari penajaan filem Bikers Kental sehingga timbul beberapa isu dan akhirnya berlaku perbalahan besar sehingga runtuhnya rumah tangga yang dibina selepas 5 tahun.
Bagaimanapun menurut teman Miss K itu, Dira dan Helmi kini tidak pernah menghubungi antara satu dengan yang lain.
Tidak mengapalah, mungkin Dira dan Helmi memerlukan ruang untuk memperbaiki kesilapan masing-masing. Siapa tahu jodoh mereka kembali bertaut seperti pelakon Zamarul Hisyam dan Diana Rafar.
Dira dan Helmi selamat diijabkabul pada 11 November 2011 di Merlimau, Melaka.
Terdahulu, Dira pernah berkahwin dengan vokalis kumpulan Bau, Ash dan dikurniakan seorang anak perempuan Tengku Anggun Deandra.
Miss K: Tak tergamak nak tanya Helmi tentang kisah rumah tangganya bersama Dira ketika terserempak di Suzi’s Corner, Ampang pada malam raya lepas.
Must-Watch Video