Betul Ke Muka Mark Adam Sama Macam Dengan Sunny Suwanmethanont?

Elrafaei Sapi
Julai 14, 2018 03:11 MYT
Mungkin hanya ada iras-iras, pelakon dan pelawak tempatan, Mark Adam dikatakan mempunyai wajah yang sama dengan aktor popular Thailand, Sunny Suwanmethanont.
Mark Adam melontarkan persoalan tersebut di media sosial untuk bertanyakan sendiri pada peminatnya sama ada dia dengan pelakon negara jiran itu mempunyai persamaan.
Daripada kebanyakan komen netizen dalam statusnya itu, ramai yang mengakui kedua pelakon ini mempunyai wajah yang sama.
Apa yang membuatkan netizen ketawa apabila Mark Adam memuat naik gambarnya separuh yang dicantumkan dengan separuh foto Sunny.
Salah seorang netizen dikenali sebagai ashi5817 mengakui Mark Adam dan Sunny mempunyai wajah yang sama.
"Hari tu tgok #brotheroftheyear ai baru perasan muka abg mcm @sunny_suwanmethanont baru perasaan banyak kali tgok cerita dya itu pun member perasaan dulu itu je kbye ," kata seriayunieyyyyy.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @markadam1079, @sunny_suwanmethanont
#Mark Adam #Sunny Suwanmethanont